Pedoman Menyambut Ramdhan Yang Dianjurkan Islam
Cara yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagaimana berikut ; secara ringkasnya :
i- Berdoa’ … semoga Allah melanjutkan usia anda dapat menyambut bulan Ramadhan… sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolonganNya dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya,
ii- Membersih diri dan bersuci… iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat nasuha dari segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu.
Bagi mereka yang masih melakukan dosa kita tanyakan :
- “Jika anda masih dalam kekotoran maksiat, patutkah anda menerima hadiah pemberian Allah ini?”,
- “Bagaimana anda berpuasa lantas berbuka dengan perkara yang diharamkan?”,
- “Wahai mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja ! Bagaimanakah puasamu akan diterima Allah sedangkan anda masih lagi meninggalkan rukun Islam kedua yang denganya anda terkeluar dari agama Allah?”,
- “Wahai mereka yang masih memakan hasil riba, rasuah dan haram ! Bagaimanakah kamu sanggup berpuasa, tidak makan yang diharuskan oleh Syara’ tetapi kamu berbuka dengan rezeki yang haram?”,
- “Wahai anak-anak yang menderhakai ibu-bapanya ! Bagaimanakah kamu rasa tenang untuk berpuasa sedangkan Jibri mendo’akan kemusnahanmu lantaran kederhakaanmu itu dan diaminkan oleh Junjungan saw?”,
- “Wahai saudaraku yang dikasihi! Bagaimana kamu harapkan puasamu dimakbulkan sedangkan kamu masih berada di landasan yang tidak diredhaiNya?”.
- “Tidakkah pernah dinyatakan kepadamu sabda Baginda saw : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan terus mengerjakannya, Allah tidak akan menghiraukannya - tidak memberikan pahala kepadanya - (walaupun) dia tidak makan dan minum (berpuasa)” (riwayat al-Bukhariy).
Oleh kerana itu bertaubatlah kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh, pintu taubat sentiasa terbuka, taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa.. bahkan ianya memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah swt.
iii- Penyediaan diri bagi menyambut kedatangan Ramadhan… dengan menunaikan ‘ibadat puasa sunat pada bulan Sya’aban serta amalan kebaikan lain… ianya bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah swt … sebagaimana yang diriwayakan oleh Usamah bin Zaid : “Nabi saw berpuasa penuh pada bulan Sya’aban… atau berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut…”,
iv- Antara perkara terpenting ; mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunnah Nabi saw serta aturcara pusanya sebelum menghampiri bulan tersebut, mempelajari syarat-syarat puasa, sah batalnya , hukum berpuasa pada hari terakhir bulan Sya’aban (hari syak), perkara yang harus, wajib atau haram bagi seseorang yang berpuasa, apakah adab-adab dan sunat-sunat berpuasa, bagaimana ingin menunaikan I’badah qiyam (solat tarawih dan seumpamanya), hukum-hakam bagi orang uzur, sakit, musafir dan sebagainya pada bulan puasa, berkenaan bayaran zakat fitrah… dan seumpamanya. Begitu juga memahami cara ‘ibadah Nabi saw di bulan yang mulia ini terhadap dirinya, keluarga dan umatnya… puasanya… qiyamnya… kemurahannya…penjagaan pancainderanya… tadarus al-Quran… dan seterusnya.
v- Antara agenda seterusnya menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan mengadakan program-program yang memenuhi waktu anda yang amat berharga itu bagi diri anda, keluarga, rakan-rakan… dengan membaca al-Quran, tadarus, hafazan… qiyamullail, menyediakan hidangan berbuka puasa untuk mereka, umrah, I’tikaf, bersedaqah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, ketaatan kepada Allah.
No comments:
Post a Comment