Musica Clan

Musica Clan
Syahadah

Thursday, August 12, 2010

Bebelan Seorang Mesut Firdaüs...

Dulu aku ni langsung x minat nak jadi cikgu.. Jujur, sekarang ni pun aku masih kurang berminat nak jadi cikgu.. Maybe sebab dari kecik lagi perkataan cikgu ni x pernah ada dalam kamus hidup aku.. Family aku la yang paksa aku masuk dalam bidang perguruan ni.. Tapi x pe la.. Semua tu dah berlalu.. Sekarang ni telah pun berada dalam bidang ni.. So apa boleh buat.. Semua ni dah ditentukan Allah.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Aku berpegang pada kata itu..
Aku sekarang ni dah pun masuk semester 6 dalam program PISMP-IPG kat kampus Ipoh.. Pejam celik pejam celik dah lebih kurang 4 tahun aku berada di sini.. Masa dulu selalu berfikir bila la nak habis belajar kat sini.. Macam la best sangat belajar sini.. Tapi sekarang terfikir pula apa rasanya bila aku meninggalkan institut ni selepas lebih kurang 4 tahun di sini.. Huhu..
Aku tengah praktikal kat SK Tambun sekarang ni.. Ni praktikal yang kedua, berlangsung selama 2 bulan dan aku hanya tinggal lebih kurang seminggu untuk menabur jasa kat sekolah ni.. Macam2 pengalaman yang menarik aku dapat selama berada di sekolah ni untuk menjalani praktikal.. Praktikal first yang sebulan tu pun aku buat kat sini gak.. Huhu, banyak gile peristiwa2 yang boleh dijadikan bahan untuk diingati sebelum tido kat sekolah ni.. Kadang2 rasa mcm nak tergelak gak bila difikir balik.. Daripada kerja mengemaskini semula stor PJ sampai la ke mengecat board yang kotor akibat banjir, macam2 benda dah aku tempuh kat sini.. Tu tak kira lagi hari first praktikal kedua dah kena bawak budak gi latihan lalu lintas shell.. nasib baik x diberi tugas melatih budak2 ni.. Fuh...

* Penulis berasa keberatan untuk menambah lagi bebelannya buat masa ini.. Maybe kalau ada masa, penulis akan menambah bebelan beliau dalam post ini.. Assalamualaikum.. Love you all...!

THANK YOU ALLAH

No comments:

Post a Comment