Musica Clan

Musica Clan
Syahadah

Tuesday, August 31, 2010

Cukup Dahsyat Tapi Sudah Sedarkah?

Sumber : Zaharuddin.net


Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء

Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barang siapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik."

Na'uzubillah, betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan ini...!!!

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 275 )

Itulah kengerian hukuman Allah swt terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba setelah pengharamannya.

Cuba kita sama-sama petikan penutup ayat di atas

وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya



Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut :-

ومن عاد أي إلى الربا ففعله بعد بلوغه نهى الله عنه فقد استوجب العقوبة

Ertinya : Lafaz "barangsiapa mengulangi" ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walalupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras" (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 1/328)


Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah shahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung didalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36 )

Selanjutnya Imam An-Nawawi mengulas terdapat lima jenis syafaat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak iaitu ( Syarah Sohih Muslim, 3/36) :-

1) Memberi tenang dan rehat dari hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke Syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w.

2) Memasukkan seseorang ke Syurga tanpa hisab, peruntukan syafaat ini juga terdapat untuk Nabi Muhammad s.a.w.

3) Kaum yang wajib dihumban di neraka boleh diselamatkan oleh Nabi s.a.w

4) Mengeluarkan kaum yang sedang diazab di neraka untuk kembali ke Syurga kecuali bagi mereka yang mati dalam keadaan kafir.

5) Peningkatan darjat di Syurga agar mendapat tahap Syurga yang lebih baik.


Sedarkah ?!

Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa, berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba setelah pengharamannya lalu jatuh kafir mereka itu, tatkala itu matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar dari senarai mereka yang boleh mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w.

Berhati-hatilah dan amat wajib bagi semua muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba. Kita amat bimbang, ketidakpedulian itu adalah merupakan satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh mejatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah swt.

Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-razi apabila beliau menghurauikan maksud ‘orang yang kembali' dalam ayat di atas sebagai :-

فالمعنى ومن عاد إلى استحلال الربا حتى يصير كافراً

Ertinya : erti ayat "barangsiapa yang kembali" (di atas, adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu jadi kafir. ( Tafsir Al-Kabir, 7/82)

Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelabagi pagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit la, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.



Itu pun jika ingin selamat diakhirat, jika tidak..tunggulah bila waktunya tiba.
Wallahu'alam.

Kemusykilan Mendapatkan Kerja Dengan Bantuan Kabel, Apa Hukumnya?

Sumber : Zaharuddin.net



SOALAN

Saya mempunyai satu kemusykilan mengenai hukum rezeki yang diperolehi apabila mendapat kerja bukan atas kelayakan tetapi atas dasar direkomenkan oleh pihak atasan. Apakah hukum bagi pihak atasan yang telah merekomenkan B walaupun pada dasarnya B tidak memenuhi syarat kelayakan utk jawatan tersebut seperti calon lain? Apakah hukum pendapatan B kerana secara terang-terangan mengetahui yang dia mendapat jawatan tersebut di atas rekomen pihak atasan? Mohon penjelasan dari pihak ustaz bagi mengelakkan kekeliruan dalam mendapatkan rezeki yang halal.

JAWAPAN

Dalam hal teknik mendapatkan kerja, ada hak yang sememangnya dinikmati oleh majikan atau pengurusan atasan. Jika tindakan pengurusan atasan masih dalam lingkungan ini tanpa dipengaruhi oleh rasuah dan sogokan. Pada penilian saya, tiada sebarang kesalahan juga dari pandangan hukum Fiqh Islam.

Allah swt menyebutkan:

إنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya ( Al-Qasas : 26)

Berdasarkan ayat terbabit, majikan berhak memilih pekerjanya, namun ayat tersebut membawa mesej, sebaik-baik cara pemilihannya adalah berdasarkan kualiti, merit dan amanah.

Pun begitu, sebagaimana kita faham, apabila ia dimaksudkan ‘terbaik' maka, terdapat cara lain yang masih dianggap ‘baik', tidak buruk dan tidak juga tergolong dalam larangan. Iaitu pemilihan berdasarkan sebab-sebab selain merit tetapi munasabah menurut adat dan praktis yang sihat.

Namun begitu, ia tertakluk juga kepada jenis syarikat. Jika ia sebuah syarikat persendirian, kebebasan dan hak majikan adalah LEBIH BESAR berbanding jika syarikat yang dimaksudkan adalah sebuah syarikat awam atau dimiliki oleh kerajaan.

SYARIKAT SWASTA

Bagi syarikat swasta atau persendirian, preference atau pemberian keutamaan atau rekomen ke atas seseorang calon pemohon pekerja yang dilakukan oleh majikan sama ada oleh Pengurus Besar yang melaksanakan proses interview, atau CEO atau Lembaga Pengarah adalah dibenarkan di dalam Islam iaitu selagi mana keutamaan itu didasari oleh sebab yang munasabah.

Tetapi jika ia disebabkan kerana calon itu lebih seksi, pandai menggoda, punyai hubungan sulit terlarang dengan boss, atau apa jua sebab yang DIHARAMKAN, tatkala itu keutamaan dan cara pemilihan itu turut menjadi haram.

Jika didasari sebab munasabah seperti kerana agamanya, hubungan kerabat, bangsanya, aliran politiknya, kenalan silam, bangsanya dan yang sepertinya, saya kira ia masih di dalam hak majikan. Sekali lagi diingatkan, itu adalah dalam situasi pengambilan pekerja bagi syarikat persendirian.

Pengambilan bekerja adalah berdasarkan kontrak ujr ‘ala amal (upah atas tugas), dalam hal ini, ia serupa dengan kontrak wakalah (agen) dimana kita bebas untuk memilih siapa yang ingin dijadikan wakil kita, berdasarkan preference kita yang tersendiri. Demikianlah juga majikan bebas meletakkan keutamaan tersendiri dalam penilaian perlantikan pekerja di bawah mereka.

Jika calon dipilih kerana dia merupakan anak pengerusi dan pengasas syarikat tersebut yang diharapkan menyambung legasi keluarganya. Sudah tentunya ia tiada sebarang masalah dari sudut hukum walaupun calon terbabit kurang kelayakan berbanding pemohon-pemohon lain. Pada hemat saya, tiada isu pemohon lain dizalimi dalam konteks ini. Ia sama sepeti pemberian sedeqah, walaupun di luar sana masih ramai yang mungkin memerlukan dan juga miskin, kita masih digalakkan oleh Islam untuk mendahulukan ahli keluarga yang juga misikin dan memerlukan berbanding orang luar Sebagaimana hadis nabi s.a.w :

الصدقة على المسكين صدقة وهي على ذي الرحم ثنتان صدقة وصلة

Ertinya : Sedeqah kepada orang miskin mendapat satu sedeqah, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedeqah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan ( Riwayat At-Tirmidzi : Hadis Hasan)

Sebagai tambahan kepada hadis di atas, satu analogi mudah; selaku pemilik rumah, kita bebas memilih kontrator mana untuk kita pilih bagi menyiapkan renovasi rumah kita. Sama ada kita memilih atas dasar hubungan rakan atau skill, ia semuanaya terpulang kepada kita. Katalah kita memilih kontraktor atas dasar dia merupakan kenalan rapat kita, mengenepikan skill, ia dibenarkan dan tiada paksaan dalam hukum Islam untuk kita mendahulukan skill dan merit dalam segala-galanya. Namun apabila kita mengurangkan penilaian terhadap skill, kita perlu menimbang tara kesan kebaikan dan keburukan yang mungkin bakal berlaku terhadap hasil kerja yang disiapkan kelak. Mungkin sebahagiannya terpaksa kita tolak ansur.

Tetapi, jika sesebuah syarikat swasta berfungsi mengendalikan apa sahaja yang melibatkan kegunaan masyarakat umum seperi proses pembinaan lebuhraya, stadium, kompleks membeli belah dan apa jua yang melibatkan KEPENTINGAN RAMAI. Dalam Fiqh Islam skill, merit, pengalaman, kemampuan dan kepakaran MESTI diutamakan berbanding yang lain kerana menggadaikan hal itu kerana mengutamakan sebab-sebab lain bakal membawa mudarat besar kepada orang ramai.

SYARIKAT AWAM

Perbincangan di atas mungkin berbeza, jika ia adalah sebuah syarikat awam (public listed) atau syarikat milik kerajaan, semua pemohon tidak patut didiskriminasi hanya kerana aliran politik, kerabat dan sebagainya. Tatkala itu majikan MESTI PATUH kepada syarat utamanya iaitu merit. Itu mesti dijadikan sebagai ukuran utama.

Ketika itu, faktor-faktor lain mestilah tidak menjadi faktor penentu tetapi hanya faktor penyokong sahaja. Ini jelas, kerana apabila ia sebuah syarikat tersenarai di bursa (iaitu syarkat senarai awam), tentunya majoriti pemilik syarikat mementingkan prestasi. Prestasi memerlukan merit dan skill.

Demikian, syarikat kerajaan, yang mesti memberikan keutamaan secara adil kepada calon dan pemohon. Kecuali jika ia mempunai kuota atas dasar bangsa, itu pterpulang kepada polisi umum kerajaan dan bukan berdasarkan penilaian dan keutamaan peribadi dari seseorang seperti ketua jabatan atau pegawai yang menemuduga.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, jika dirujuk kembali kepada soalan, perkara pertama yang perlu disemak adalah jenis syarikat dan tugasan yang bakal dipikul oleh calon terbabit.

Jika ia syarikat swasta, pada asasnya, majikan berhak berbuat demikian, selagi mana tugasan yang bakal dipikul oleh calon kurang kelayakan itu tidak memebabitkan kerja bagi masyarakat umum, kerana bimbang mudarat ke angatas mereka.

Jika syarikat yang dimaksudkan adalah syarprikat milik kerajaan, awam atau Goverment Link Companies (GLC), ketika itu tindakan memberi keutamaan kepada calon tidak berkelayakan adalah suatu KESALAHAN.

Gaji pekerja yang berjaya terpilih berdasarkan kaedah SALAH mungkin terjejas dari sudut halalnya jika dia sendiri mengetahui dia dipilih melalui cara yang salah. Jika dia selepas itu, mempertingkatkan usaha dan ilmu sedaya upaya bagi memperbaiki kelemahannya dan setersunya meningkatkan skill dan merit ke tahap yang diperlukan status bermasalah (syubhah) gaji tadi, tentunya kembali ke status HALAL. Kerana asal gajinya menjadi syubhah adalah pemilihan berdasarkan sokongan tidak sihat seseorang yang tidak boleh diterima sedangkan dirinya kekurangan skill dan merit sepatutnya. Justeru, apabila dia berjaya memulihkan masalah ‘kurang skill' itu, tatkala itu, semua akan berubah Sebagaimana boleh difaham dari kaedah Fiqh :-

إذا زال المانع عاد الممنوع

Ertinya : Apabila hilangnya ‘sebab' kepada larangan, kembali yang dilarang ( menjadi harus)[1]

Dari kaedah di atas, boleh difahami, apabila pekerja yang dipilih walau tidak cukup kelayakan (kerana pemilihan dibuat atas sebab-sebab keutamaan yang tidak diterima), berjaya menghilangkan satu sebab utama (yang menjadikan tidak tidak layak sebelum ini), tatkala itu, jawatannya dikira kembali menjadi HARUS dan HALAL.

Namun begitu, tindakan pegawai terbabit yang melantik dengan cara yang salah tetap dikira suatu dosa atas kezaliman tindakannya atas ketidakadilan mengenepikan calon yang lebih layak serta melanggar polisi di ketika hari pemilihan.

Bagi calon yang dipilih tadi, jika dia sendiri tidak mengetahuinya sejak dari awal, dan kemudian menjalankan tugasannya dengan sebaiknya dan cemerlang. Ia sama sekali tidak menggugat status halal gaji sejak dari awal juga.

Akhirnya, bagi sesiapa yang telah mendapat kerja melalui jalan sebegitu, tidak perlu terlalu risau, apa yang perlu dilaksanakan kini adalah TINGKATKAN KUALITI sehingga berada di tahap yang sepatutnya dan banyakan bersedeqah, itulah kewajiban mereka.

Sunday, August 29, 2010

Bentuk Kenikmatan Surga Dan Penghuninya, Neraka, Kiamat, Hisab [Dari Kitab Hadits Shahih Muslim] Disusun Oleh : Team B.A.A.S.R

Di surga terdapat sebatang pohon yang luas bayangannya tidak dapat ditempuh selama seratus tahun berkendaraan
Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata: Dari Nabi, beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia. Bukti kebenaran itu terdapat dalam Alquran: Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Shahih Muslim No.5050)

Hadis riwayat Abu Hurairah : Dari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bahwa beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat sebatang pohon di mana seorang pengendara (harus) menempuh luas bayangannya selama seratus tahun. (Shahih Muslim No.5054)

Hadis riwayat Sahal bin Saad : Dari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam., beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat sebatang pohon di mana (jika) seorang pengendara berjalan di bawah bayangannya selama seratus tahun, ia tidak dapat menempuhnya. (Shahih Muslim No.5055)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam., beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebatang pohon di mana (jika) seseorang menunggang kuda terlatih yang berlarinya selama seratus tahun tidak dapat menempuh luas bayangannya. (Shahih Muslim No.5056)

2. Diturunkannya keridaan Allah kepada penghuni surga, maka dia tidak akan murka kepada mereka selamanya
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri : Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni surga: Hai penghuni surga! Mereka menjawab: Kami penuhi seruan-Mu wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisi-Mu. Allah melanjutkan: Apakah kalian sudah merasa puas? Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, karena Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun dari makhluk-Mu. Allah bertanya lagi: Maukah kalian Aku berikan yang lebih baik lagi dari itu? Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik dari itu? Allah menjawab: Akan Aku limpahkan keridaan-Ku atas kalian sehingga setelah itu Aku tidak akan murka kepada kalian untuk selamanya. (Shahih Muslim No.5057)

3. Penghuni surga saling melihat penghuni ghurfah (tempat yang tinggi di surga) seperti bintang yang terlihat di langit
Hadis riwayat Sahal bin Saad : Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya penghuni surga akan melihat ghurfah (tempat yang tinggi) di surga sebagaimana kalian melihat bintang di langit. (Shahih Muslim No.5058)

4. Rombongan yang pertama kali masuk surga itu seperti bulan purnama, sifat mereka dan pasangan mereka
Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Abul Qasim Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya rombongan yang pertama kali memasuki surga itu bagaikan bulan purnama, kemudian rombongan berikutnya seperti bintang yang terang-benderang di langit. Masing-masing mereka berpasangan dua orang yang sumsum betisnya terlihat dari dalam daging dan di dalam surga tidak ada seorang pun yang tidak berpasangan. (Shahih Muslim No.5062)

5. Sifat kemah-kemah surga dan anggota rumah tangga orang mukmin di dalamnya
Hadis riwayat Abu Musa Al-Asy`ari : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam., beliau bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin mempunyai sebuah kemah di dalam surga yang terbuat dari satu mutiara yang berlubang, panjangnya enam puluh mil, dan orang seorang mukmin juga memiliki keluarga di dalamnya yang akan ia kunjungi padahal sebagian mereka tidak pernah melihat sebagian yang lain. (Shahih Muslim No.5070)

6. Kaum yang akan masuk surga, hati mereka seperti hati burung
Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawaban mereka karena itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan menyertai kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah menyertai kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki surga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang. (Shahih Muslim No.5075)

7. Panas dan dalamnya neraka Jahanam serta bagian tubuh yang dibakar api neraka
Hadis riwayat Abu Hurairah : Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Api kalian yang dinyalakan anak-cucu Adam adalah sepertujuh puluh dari panas api Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, bila sepanas ini saja sudah cukup wahai Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. Beliau bersabda: Sesungguhnya panas api tersebut masih tersisa sebanyak enam puluh sembilan bagian, panas masing-masing sama dengan api ini. (Shahih Muslim No.5077)

8. Neraka akan dihuni para penindas dan surga akan dihuni orang-orang yang lemah
Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Neraka dan surga saling berdebat, lalu neraka berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang suka menindas dan sombong. Surga berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang lemah dan miskin. Lalu Allah berfirman kepada neraka: Kamu adalah siksa-Ku, Aku menyiksa denganmu siapa yang Aku kehendaki. (Atau Allah berfirman: Aku menimpakan bencana denganmu kepada orang yang Aku kehendaki). Dan Allah berfirman kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku, Aku limpahkan rahmat berupa kamu kepada siapa yang Aku kehendaki. Dan masing-masing kamu memiliki penghuninya sampai penuh. (Shahih Muslim No.5081)

Hadis riwayat Anas bin Malik : Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Neraka Jahanam selalu berkata: Apakah masih ada tambahan? Sehingga Allah Maha Suci lagi Maha Tinggi meletakkan telapak kaki-Nya, lalu Jahanam berkata: Cukup, cukup! Demi keagungan-Mu! Dan sebagiannya dikumpulkan kepada sebagian yang lain. (Shahih Muslim No.5084)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Pada hari kiamat, maut akan didatangkan seperti seekor biri-biri yang berwarna keputih-putihan. (Abu Kuraib dalam periwayatannya menambahkan: Lalu dihentikan di antara surga dan neraka. Kemudian keduanya sepakat tentang isi hadis selanjutnya.) Kemudian diserukan: Wahai ahli surga, apakah kalian mengenal ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat ke arah sang penyeru, kemudian menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diserukan lagi: Wahai ahli neraka, apakah kamu sekalian mengenal ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat dan menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diperintahkan agar maut (kambing) itu disembelih, lalu diserukan lagi: Wahai ahli surga, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Wahai ahli neraka, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Kemudian Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. membacakan ayat: Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, yaitu ketika segala perkara telah diputus dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman. Kemudian beliau menunjuk dunia dengan tangan beliau. (Shahih Muslim No.5087)

Hadis riwayat Abdullah bin Umar : Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah memasukkan ahli surga ke dalam surga dan ahli neraka ke dalam neraka, kemudian seorang penyeru berdiri di antara mereka dan berseru: Wahai ahli surga, tidak ada kematian. Wahai ahli neraka, tidak ada kematian. Masing-masing kekal abadi di tempatnya. (Shahih Muslim No.5088)

Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Gigi geraham atau gigi taring orang kafir itu sebesar gunung Uhud dan kekasaran kulitnya adalah sejauh perjalanan tiga hari. (Shahih Muslim No.5090)

Hadis riwayat Abu Hurairah : Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Jarak antara kedua bahu orang kafir di neraka itu sejauh perjalanan tiga hari dengan kendaraan yang cepat. (Shahih Muslim No.5091)

Hadis riwayat Haritsah bin Wahab : Bahwa ia mendengar Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Maukah kalian aku beritahu tentang ahli surga? Para sahabat berkata: Mau. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Yaitu setiap orang yang lemah dan melemahkan diri, seandainya ia bersumpah demi Allah, pasti akan dilaksanakan. Kemudian beliau bertanya lagi: Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang ahli neraka? Mereka menjawab: Mau. Beliau bersabda: Yaitu setiap orang yang kejam, bengis dan sombong. (Shahih Muslim No.5092)

Hadis riwayat Abdullah bin Zam`ah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. pernah berkhutbah lalu menyebut seekor unta (milik Nabi Saleh) dan menyebutkan orang yang menyembelihnya kemudian membaca ayat: Ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka. Yang bangkit untuk membunuh unta itu adalah seorang yang terhormat di kalangan kaumnya, perusak dan kejam terhadap keluarganya, seperti Abu Zam`ah. Kemudian beliau juga menyebutkan kaum wanita dan memberikan nasihat untuk menghadapi mereka dan bersabda: Untuk apa seorang di antara kalian memukul istrinya. (Shahih Muslim No.5095)

Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Aku melihat Amru bin Luhai bin Qamaah bin Khindif, yakni nenek moyang Bani Kaab menarik ususnya di dalam neraka. (Shahih Muslim No.5096)

9. Kehancuran dunia dan manusia kelak akan dikumpulkan di hari kiamat
Hadis riwayat Aisyah , ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Pada hari kiamat manusia akan dikumpulkan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, kaum wanita dan lelaki semuanya akan saling memandang satu sama lain? Beliau bersabda: Wahai Aisyah, keadaan saat itu lebih menegangkan sehingga mereka tidak akan saling memandang satu sama lain. (Shahih Muslim No.5102)

Hadis riwayat Ibnu Abbas : Bahwa ia mendengar Nabi Shallallahu alaihi wassalam. berkhutbah dan berkata: Sesungguhnya kalian akan menemui Allah dengan berjalan kaki, tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan. (Shahih Muslim No.5103)

Hadis riwayat Abu Hurairah : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam., beliau bersabda: Manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok yang penuh harap dan rasa takut dan dua orang di atas satu unta, tiga orang di atas satu unta, empat orang di atas satu unta serta sepuluh orang di atas satu unta. Dan sisa mereka akan dikumpulkan bersama api neraka di mana setiap siang, malam, pagi dan sore hari selalu bersama mereka di mana saja mereka berada. (Shahih Muslim No.5105)

10. Sifat hari kiamat
Hadis riwayat Ibnu Umar : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam. tentang ayat: Yaitu hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta, beliau bersabda: Seorang dari mereka berdiri dalam air keringatnya yang mencapai pertengahan kedua telinganya. (Shahih Muslim No.5106)

Hadis riwayat Abu Hurairah : Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Pada hari kiamat nanti air keringat akan mengalir di tanah sepanjang tujuh puluh depa dan akan menggenang setinggi mulut atau setinggi telinga mereka. Tsaur (perawi hadis) meragukan mana yang disebutkan Nabi. (Shahih Muslim No.5107)

11. Orang mati akan diperlihatkan tempatnya kelak di surga atau neraka, kepastian siksa kubur dan permohonan perlindungan dari siksa kubur
Hadis riwayat Ibnu Umar : Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya apabila seorang di antara kamu sekalian mati akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan sore. Jika ia termasuk ahli surga, maka akan diperlihatkan surga, kalau termasuk ahli neraka, maka akan diperlihatkan neraka, lalu dikatakan: Inilah tempatmu nanti bila Allah telah membangkitkanmu di hari kiamat. (Shahih Muslim No.5110)

Hadis riwayat Abu Ayyub , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. keluar ketika matahari telah terbenam, kemudian beliau mendengar sebuah suara dan bersabda: (Itu suara) orang Yahudi yang sedang disiksa di dalam kuburnya. (Shahih Muslim No.5114)

Hadis riwayat Anas bin Malik , ia berkata: Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya seorang hamba jika telah diletakkan di dalam kuburnya dan teman-temannya sudah meninggalkannya, ia akan mendengar suara sandal mereka. Kemudian ia didatangi dua malaikat lalu mendudukkannya dan bertanya: Apa pendapatmu tentang lelaki ini (Muhammad Shallallahu alaihi wassalam.)? Adapun orang mukmin, maka ia akan menjawab: Aku bersaksi bahwa dia adalah seorang hamba Allah dan utusan-Nya. Maka dikatakan kepadanya: Lihatlah tempatmu di neraka, Allah telah menggantinya dengan tempat di surga. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wassalam. melanjutkan sabdanya: Maka ia dapat melihat keduanya. (Shahih Muslim No.5115)

Hadis riwayat Barra’ bin Azib : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam., beliau membacakan firman Allah: Allah meneguhkan iman orang-orang mukmin dengan ucapan yang teguh. Kemudian beliau bersabda: Ayat ini turun mengenai siksa kubur. Ditanyakan kepada orang mukmin: Siapakah Tuhanmu? Ia menjawab: Tuhanku Allah dan nabiku Muhammad Shallallahu alaihi wassalam. Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah: Allah meneguhkan iman orang-orang mukmin dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat. (Shahih Muslim No.5117)

12. Penghitungan amal perbuatan (hisab)
Hadis riwayat Aisyah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Barang siapa yang dihisab pada hari kiamat, maka ia akan disiksa. Aku bertanya: Bukankah Allah berfirman: Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah. Beliau menjawab: Yang demikian bukanlah hisab, tapi itu hanyalah sekedar berdiri di hadapan Allah karena barang siapa yang diperiksa perhitungan amalnya di hari kiamat, maka ia akan disiksa. (Shahih Muslim No.5122)

13. Perintah berbaik sangka terhadap Allah ketika hampir mati
Hadis riwayat Abdullah bin Umar , ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Jika Allah menghendaki siksaan untuk suatu kaum, maka siksaan tersebut akan menimpa orang-orang yang ada di tengah-tengah mereka, kemudian mereka akan dibangkitkan sesuai dengan amalnya. (Shahih Muslim No.5127)

------------------------------------------------------------------------
BAGI YANG BELUM BERGABUNG DENGAN HALAMAN BELAJAR ADAB SUNNAH, SILAHKAN CLICK LINK INI UNTUK BERGABUNG DENGAN HALAMAN BELAJAR ADAB ADAB SUNNAH RASULULLAH Shallallahu alaihi wassalam : http://www.facebook.com/SunnahRasulullah.Saw

SEMOGA KITA SEMUA DIMASUKKAN KEDALAM SORGA. AMIN

Saturday, August 28, 2010

Mandi Junub / Mandi Wajib

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih..

Assalamualaikum. Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Friday, August 27, 2010

Satu gereja masuk Islam ---> Benar @ salah? Wallahua'lam.. Apa pun semoga kita mendapat kebaikan dan ilmu daripada cerita ini..

Satu gereja masuk Islam benarkah? Semoga ALLAH mengijinkan kita menjadi pemuda seperti beliau. Amiiin..... Seorang pemuda Arab yang menimba ilmu di Amerika, rabu, 22 Februari 06.

Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangkukuliahnya di Amerika.Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya.Selain belajar,ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika , iaberkenalan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungandi Amerika dan melintas di dekat sebuah gerejayang terdapat dikampung tersebut.Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalamgereja. Semula ia berkeberatan,namun karena ia terus mendesakakhirnya pemuda itupun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk kedalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikanpenghor-matan lantas kembali duduk. Di saat itu si pendeta agakterbelalak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengahkita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini."Pemuda arab itu tidak bergeming dari tempatnya. Pendeta tersebutmengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidakbergeming dari tempatnya.Hingga akhirnya pendeta itu berkata,"Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjaminkeselamatannya. "Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintuia bertanya kepada sang pendeta,"Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim."Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudiania beranjak hendak keluar,namun sang pendeta ingin memanfaatkankeberadaan pemuda ini, yaitu dengan mengajukan beberapa pertanyaan,tujuannya untuk memojokkan pemuda tersebut dan sekaligus mengokohkanmarkasnya.Pemuda muslim itupun menerima tantangan debat tersebut.

Sang pendeta berkata,"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harusmenjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata,"Silahkan!

Sang pendeta pun mulai bertanya,# 1.. Sebutkan satu yang tiada duanya,

# 2.. dua yang tiada tiganya,

# 3.. tiga yang tiada empatnya,

# 4.. empat yang tiada limanya,

# 5.. lima yang tiada enamnya,

# 6.. enam yang tiada tujuhnya,

# 7.. tujuh yang tiada delapannya,

# 8.. delapan yang tiada sembilannya,

# 9.. sembilan yang tiada sepuluhnya,

# 10.. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,

# 11.. sebelas yang tiada dua belasnya,

# 12.. dua belas yang tiada tiga belasnya,

# 13.. tiga belas yang tiada empat belasnya.

# 14.. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

# 15.. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

# 16.. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

# 17.. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyu-kainya?

# 18.. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah danibu!

# 19.. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab denganapidan siapakah yang terpelihara dari api?

# 20.. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yg diadzab denganbatu dan siapakah yang terpelihara daribatu?

# 21.. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

# 22.. Pohon apakah yang mempu-nyai 12 ranting, setiap rantingmempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungandan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut pemuda itu ter-senyum dengansenyuman mengandung keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalahia berkata,# 1.. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

#2.. Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWTberfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda(kebesaran kami)." (Al-Isra':12).

# 3.. Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan NabiMusa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecildan ketika me-negakkan kembali dinding yang hampir roboh.

# 4.. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

# 5.. Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.

# 6.. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ke-tika Allah SWTmenciptakan makhluk.

# 7..Tujuh yang tiada delapannya ialah langit yang tujuh lapis. AllahSWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurahsesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk:3).

# 8.. Delapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman,"Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikatmenjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

# 9.. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikankepada Nabi Musa : tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musimpaceklik, katak, darah, kutu dan belalang

# 10.. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah ke-baikan. Allah SWberfirman, "Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluhkali lipat." (Al-An'am: 160).

# 11.. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudaraYusuf.

# 12.. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu'jizat Nabi Musayang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohonair untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengantongkatmu.' Lalu memancarlah dari padanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

# 13.. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusufditambah dengan ayah dan ibunya.

# 14.. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalahwaktu Shubuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnyamulai menying-sing. " (At-Takwir:1Cool.

# 15.. Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi YunusAS.

# 16.. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf,yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,"Wahai ayahkami, sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkanYusuf di dekat barang-barang kami,lalu dia dimakan serigala." Setelahkedustaan terungkap, Yusuf berkata kepadamereka," tak ada cercaaanter-hadap kalian." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akanmemohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang MahaPengampun lagi Maha Penyayang."

# 17.. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalahsuara keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suaraadalah suara keledai." (Luqman: 19).

# 18.. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapak dan ibu adalah NabiAdam, malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.

# 19.. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzabdengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah NabiIbrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkanIbrahim." (Al-Anbiya': 69).

# 20.. Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yangdiadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara daribatu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

# 21.. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalahtipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipudaya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2Cool.

# 22.. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaranmatahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daunadalah hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tigadikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mende-ngar jawaban pemudamuslim tersebut.Kemudian ia pamit dan beranjak hendak pergi. Namun iamengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satupertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"mendengar pertanyaan itu lidah sang pendeta menjadi kelu, hatinyadiselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah.Ia berusaha menyembunyikan kekhawatirannya, namun hasilnya nihil.Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawabpertanyaan tersebut, namun ia berusaha mengelak.

Mereka berkata,"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawabsementara ia hanya memberimu satu pertanyaan namun anda tidak mampumenjawabnya! "Pendeta tersebut berkata,"Sungguh aku mengetahui jawaban dari pertanyaan tersebut, namun akutakut kalian marah. " Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatananda."Sang pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu an La Ilaha Illallah wa anna MuhammadarRasulullah."

Lantas sang pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itumemelukagama Islam. ALLAHU AKBAR! Sungguh Allah telah menganugrahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

Sifat Hasad Dengki, Sombong, Takbur, Mengumpat, Riak Dan Membuat Fitnah Adalah Dilarang Oleh Agama Islam


          Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat.  Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT.  Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan diantara manusia.  Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam.  Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud :

“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”

          Kita mengakui bahawa setiap insan itu mempunyai keaiban dan kesalahan yang telah dilakukannya.  Maka keaiban itu tidaklah patut dihebah-hebahkan kerana kalau dihebahkan bermaksud kita telah mengaibkan diri sendiri.  Umpat-mengumpat diantara kaum Islam masih berluas-luasa berlaku sejak berzaman hingga ke hari ini dan mungkin berterusan, umpamanya masih terdapat mereka-mereka yang selepas bersolat di masjid-masjid atau surau-surau melakukan perkara-perkara seperti mengumpat sesama sendiri terutama ketika besembang di gerai-gerai atau warong sebelum pulang kerumah.  Adakala apabila timbul isu politik, mereka lah orang yang bijak didalam bidang itu mengalahkan orang politik.  Apabila terlalu jauh membicarakan hal-hal yang tidak bergitu diketahui betul atau tidak perkara yang dibincangkan maka terjadilah perbuatan memfitnah orang-orang yang berkaitan.

          Itupun baru hal-hal dengan cerita di warong, lagi bertambah teruk apabila membuat fitnah dan mengumpat didalam internet atau di laman-laman blog.  Kadang-kadang kita terbaca bahawa umpat-mengumpat dan memfitnah di dalam laman blog tidak memberi apa-apa faedah kepada yang berbuat perkara tersebut.  Ianya seakan-akan sedap membicarakan perkara yang diada-adakan atau perkara-perkara yang tidak diketahui sebenar-benarnya. Bukankah perkara ini di kategorikan sebagai fitnah.


          Oleh itu, jauhkan umpat-mengumpat kerana ia adalah sifat orang yang jahat dan rosak akhlak, ia sudah semestinya tidak layak diamalkan oleh orang Islam yang beriman. Tiada gunanya orang-orang yang mentaati suruhan Allah SWT seperti mengerjakan solat, berpuasa dan menurut perintah Allah SWT tetapi masih terus membuat fitnah dan umpat-mengumpat sesama kuam Islam sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain.  Apakan kamu suka memakan dangnig saudara kamu yang telah mati?  Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.

(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)

 

          Ayat diatas menjelaskan bahawa umat Islam dilarang menyimpan hasad dengki didalam hatinya keatas saudara-saudara Islam yang mendapata nikmat kerniaan daripada Allah SWT apatahlagi mengumpat saudara-saudaranya sendiri.  Perbuat ini terlalu keji disisi Allah SWT.  Allah SWT telah berjanji akan memasukkan umatNya yang mengumpat, memfitnah bangsa sendiri, negara dan sebagainya ke neraka jahanam sekiranya mereka ini tidak sempat memohon apun dan bertaubat kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda, mafhumnya :

“Wahai orang yang beriman dengan lisannya shaja dan meimanannya itu meresap kedalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin, janganlah pula menjejaki keburukan mereka, sesiapa yang menjejaki keburukan mereka maka Allah SWT akan menjejaki keburukannya dan barangsiapa yang dijejaki kerburukannya oleh Allah SWT maka Allah SWT akan menyingkap keaibannya sekalipun ia berada di dalam rumah”.

(Riwayat: Abi Barzah al-Aslami R.A.)

  
          Hadis diatas menyatakan bahawa sifat hasad dengki itu tidak memberi faedah langsung kepada yang melakukannya, melainkan dendam dan perbalahan yang akan menjauhkan perpaduan.  Oleh itu jauhkanlah sifat hasad dengki, fitrah memfitnah.  Orang yang hasad dengki membakar diri dan hatinya.  Hasad dengki tidak boleh dipadamkan melainkan kebaikan dan ketaatan diri kepada Allah SWT sahaja.  Memfitnahkan saudara sendiri adalah dilarang oleh Islam sama sekali.  Hendaklah kita hindarkan daripada terus menerus melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT.
          Kita seharusnya menjaga lidah kita supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang dilarang dan dilahnati oleh Allah SWT.  Janganlah kita membuat fitnah terhadap sesiapapun sama ada mereka itu saudara kita ataupun tidak tetapi haruslah diingatkan bahawa kesuluruh umat Islam adalah bersaudara yang datang dari satu kaum.  Sebab itulah Islam melarang umatnya memfitnah sesama Islam dan bukan hanya itu sahaja, kita sepatutnya menjauhi daripada mendengar perkara-perkara fitnah yang disampaikan oleh orang lain.


          Oleh itu, jauhilah dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti membuat fitnah, mengumpat, mengutok dan menaruh hasad dengki terhadap saudara sendiri mahupun orang lain.
          Kita telah diberi nikmat oleh Allat SWT maka hendaklah kita bersyukur kepadaNya.  Janganlah kita bersifat besar hati dan takbur kerana Allah SWT berkuasa mengambil kembali nikmat yang telah diberikanNya kepada kita.  Bersifat takbur itu adalah salah satu daripada satu cara Allah SWT boleh menghilangkan nikmatNya dari kita.  Ingatlah Allah SWT tidak suka kepada orang yang bongkak dan takbur.


Firman Allah SWT dalam surah “al-Nahl” : ayat 23 yang bermaksud :

“Bahawasanya Allah SWT tidak suka kepada orang yang bersifat takbur”.

 

          Janganlah kita lupa diri kerana banyaknya nikmat Allah SWT yang telah kita terima dan rasa sepanjang hayat kita didunia ini.  Jauhkanlah perkara-perkara yang boleh membawa kepada pergaduhan, kerana kita sebagai umat Islam adalah bersaudara dari satu agama dan keturunan.

          Kepada kita yang pernah melakukan perkara-perkara yang di larang ole Allah SWT hendak lah segera bertaubat kerana takut sekiranya kita tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun kepadanya maka kita dimasukan ke neraka.



 

Wednesday, August 25, 2010

Alhamdulillah, Thank You Allah

We just have to open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs, we can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise, take us in the best way
Allah.....
Guide us every single day..
Allah......
Keep us close to You until the end of time..
Allah......
You created everything and we belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah.......

Saturday, August 21, 2010

Mutiara Hikmah


"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beramal shaleh dan saling nasehat-menasehati dalam kebenaran dan kesabaran."
[ (QS : Al-Ashr 1-3) ]

""Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (Hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)". "Dan Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu skali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung" "
[ Surat Al Isro' ayat 16 dan 37 ]

"Akan datang kepada manusia suatu masa ketika kemanisan hati berubah menjadi masin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan orang yang memepelajari ilmu tak dapat mengambil manfaat dari ilmunya. Maka hati orang-orang berilmu seumpama tanah kosong yang bergaram yang turun atasnya hujan dari langit maka tidak juga menjadi tawar. Yaitu, apabila condong hati orang berilmu kepada cinta dunia dan melebihkannya atas cinta akhirat, maka pada saat itu dicabutlah oleh Allah sumber-sumber hikmah dan dipadamkanlah lampu petunjuk dari hati mereka. Maka akan berceritalah kepadamu orang yang berilmu di antara mereka itu, ketika
engkau menjumpainya bahawa ia takut kepada Allah dengan lisannya, sementara kezaliman jelas kelihatan pada amal perbuatannya. Alangkah suburnya lidah mereka dan tanduslah hati mereka ketika itu! Tidaklah terjadi yang demikian itu selain kerana para guru mengajar bukan kerana Allah dan para pelajar belajar bukan kerana Allah."
[ Ibnu Mas'ud r.a ]

"Sebaik-baik kaya ialah kaya hati; Sebaik-baik bekal ialah taqwa; Seburuk-buruk buta ialah buta hati; Sebesar-besar dosa ialah berdusta; Seburuk-buruk usaha ialah memungut riba; Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan harta anak yatim; Siapa memaafkan orang akan dimaafkan Allah; Dan sesiapa mengampuni orang akan diampuni Allah. "
[ "HIMPUNAN MUTIARA KATA PARA BIJAKSANA UNTUK MUHASABAH DIRI" ]

"Bacalah Al-Quran sesuai dengan cara dan suara orang-orang Arab. Dan jauhilah olehmu cara baca orang-orang fasik dan berdosa besar. Maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum setelahku melagukan Alquran seperti nyanyian dan rohbaniah (membaca Alquran tanpa tadabur) dan nyanyian. Suara mereka tidak dapat melewati tenggorokan mereka(tidak dapat meresap ke dalam hati). HAti mereka dan orang-orang yang simpati kepada mereka telah terfitnah (keluar dari jalan yang lurus).""
[ Sabda Rasulullah Saw ]

"Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama', kerana mereka mengetahui kemuliaan ulama'. Sesungguhnya tak seorang pun dilahirkan berilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar."
[ Ibnu Mas'ud ]

"Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama', kerana mereka mengetahui kemuliaan ulama'. Sesungguhnya tak seorang pun dilahirkan berilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar."
[ Ibnu Mas'ud ]

"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. "
[ Perenungan Hati ]

"Sabda Rasulullah SAW, ”Barang siapa meringankan seorang mukmin dari kesulitan dunia, Allah kelak meringankannya dari kesulitan hari kiamat.” "
[ (HR Muslim). ]

"Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama', kerana mereka mengetahui kemuliaan ulama'. Sesungguhnya tak seorang pun dilahirkan berilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar."
[ Ibnu Mas'ud r.a ]

"Saidina Ali r.a berkata : Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu' ; Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. ; Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.; Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa). ; Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. ; Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. ; Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan; Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati. "
[ Perenungan hati ]


"Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesehatan dan keamanan. "
[ Al-Ahnaf bin Qais ]


"Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah."
[ Perenungan hati ]

"Keikhlasan dan tauhid bagaikan sebuah pohon di dalam hati, dahannya adalah amal, buahnya adalah kehidupan yang baik di dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat."
[ Disadur dari kitab Al-Fawaa’id ]

"Dan janganlah kamu bersifat lemah dan jangan pula berduka cita, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
[ Al Qur'an surat Ali imron ayat 139 ]

"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan. "
[ Perenungan Hati ]

"Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebagiannya "
[ Perenungan Hati ]

"Tiada suatu hari pun melainkan di dalamnya malaikat berseru: Hai anak Adam!Yang sedikit tapi memadai bagimu, lebih baik daripada yang banyak tapi menganiaya kamu."
[ Perenungan Hati ]
"Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebagiannya "
[ Perenungan hati ]

"Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya. "
[ Perenungan hati ]

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga. "
[ Perenungan hati ]

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."
[ Perenungah hati ]

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat."
[ - ]

"Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata : 1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. 2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. 3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. 4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. "
[ Inspirasi hati ]

"Saidina Ali berkata: Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah : 1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Allah SWT. 2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu. 3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu. 4.Hendaklah orang yang alim berkata : Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu "
[ Perenungan Hati ]

"Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebagiannya "
[ Perenungan hati ]

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat "
[ - Khalifah Abdul Malik bin Marwan ]

"Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah"
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Aku dan Ke"aku"an Persoalan ke'aku'an ini sebenarnya terletak pada hati, dan ia merupakan misteri kepemilikan sebagai kata ganti. Mengenai "aku", "aku" hanya boleh disebut oleh Tuhan dengan segala sifatNya! Sehingga pada hakikatnya, manusia tidak boleh meng"aku"kan segala sesuatu yang dititipkan kepadanya."
[ Dari Hati ke Hati ala Prof DR. H.M. Amin Syukur, M.A. ]

"Saidina Ali berkata: Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah : 1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu. 2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu. 3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu. 4.Hendaklah orang yang alim berkata : Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu. "
[ ]

"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. "
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah "
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. "
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat "
[ Khalifah Abdul Malik bin Marwan ]

"Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. "
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya "
[ Khalifah Ali bin Abi Talib ]

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat "
[ Khalifah Abdul Malik bin Marwan ]

"Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah "
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Setiap kegagalan yang Anda buat adalah anak tangga Anda menuju puncak, yaitu sukses. Setiap kegagalan yang Anda temukan, memberikan arah yang jelas menuju sukses. Karena kegagalan: * dapat memberikan kekuatan * ladang mendapatkan pahala * dapat menggali potensi Anda * mengembangkan kreatifitas Anda "
[ ryo ]

"Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti"
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. "
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan."
[ -Saidina Ali bin Abi Talib ]

"Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya "
[ Imam Abu Hanifah ]

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. "
[ (QS LUQMAN [31]: 13) ]

Thursday, August 12, 2010

Bebelan Seorang Mesut Firdaüs...

Dulu aku ni langsung x minat nak jadi cikgu.. Jujur, sekarang ni pun aku masih kurang berminat nak jadi cikgu.. Maybe sebab dari kecik lagi perkataan cikgu ni x pernah ada dalam kamus hidup aku.. Family aku la yang paksa aku masuk dalam bidang perguruan ni.. Tapi x pe la.. Semua tu dah berlalu.. Sekarang ni telah pun berada dalam bidang ni.. So apa boleh buat.. Semua ni dah ditentukan Allah.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Aku berpegang pada kata itu..
Aku sekarang ni dah pun masuk semester 6 dalam program PISMP-IPG kat kampus Ipoh.. Pejam celik pejam celik dah lebih kurang 4 tahun aku berada di sini.. Masa dulu selalu berfikir bila la nak habis belajar kat sini.. Macam la best sangat belajar sini.. Tapi sekarang terfikir pula apa rasanya bila aku meninggalkan institut ni selepas lebih kurang 4 tahun di sini.. Huhu..
Aku tengah praktikal kat SK Tambun sekarang ni.. Ni praktikal yang kedua, berlangsung selama 2 bulan dan aku hanya tinggal lebih kurang seminggu untuk menabur jasa kat sekolah ni.. Macam2 pengalaman yang menarik aku dapat selama berada di sekolah ni untuk menjalani praktikal.. Praktikal first yang sebulan tu pun aku buat kat sini gak.. Huhu, banyak gile peristiwa2 yang boleh dijadikan bahan untuk diingati sebelum tido kat sekolah ni.. Kadang2 rasa mcm nak tergelak gak bila difikir balik.. Daripada kerja mengemaskini semula stor PJ sampai la ke mengecat board yang kotor akibat banjir, macam2 benda dah aku tempuh kat sini.. Tu tak kira lagi hari first praktikal kedua dah kena bawak budak gi latihan lalu lintas shell.. nasib baik x diberi tugas melatih budak2 ni.. Fuh...

* Penulis berasa keberatan untuk menambah lagi bebelannya buat masa ini.. Maybe kalau ada masa, penulis akan menambah bebelan beliau dalam post ini.. Assalamualaikum.. Love you all...!

THANK YOU ALLAH

Balasan Meninggalkan Solat 5 Waktu

Ketahuilah wahai umat Islam.......

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT



"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang."
AlMudathsir:42,43)


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyeksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi Orang-orang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu
SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.



SEKSA NERAKA

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar
ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya
adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya
sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-
orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa
ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun
sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka
kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.


Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.
Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas.

Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."




Renungan
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh :
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur :
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar :
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib :
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak :
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

* Marilah kita saling mengingat-mengingati. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn.

PDF Download - Himpunan Doa Harian Dan Zikir

Download Himpunan Doa Harian Dan Zikir















http://images.helmirizal.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/SXrLewoKCE0AAGWpgro1/HIMPUNAN%20DOA%20HARIAN%20DAN%20ZIKIR.pdf?nmid=179398211

Wednesday, August 11, 2010

Siapa Cakap Lelaki Muda Tak Boleh Berkahwin Dengan Perempuan Tua?

السلام عليكم




Saya ingin bertanyakan kepada saudara dan saudari sekalian. Salahkah seorang lelaki bercinta / berkahwin dengan seorang perempuan yang jauh lebih tua daripadanya? Mengapakah hubungan tersebut harus dijadikan isu jika hubungan tersebut adalah mengikut batas-batas yang telah ditetapkan oleh Islam (jika belum berkahwin) atau atas ikatan yang sah (jika sudah berkahwin). Marilah kita renung-renungkan. Perkahwinan Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah boleh dijadikan contoh bahawa perkahwinan antara lelaki muda dengan perempuan yang lebih tua adalah sesuatu yang normal asalkan mengikut syarat yang ditetapkan dalam Islam.

Dan setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)

Siti Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani.

Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.

Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci.

Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun.

Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.

Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.

Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda.

Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya.

Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.

Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira.

Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.

Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah.

- Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd.

PENGAJARAN

* Sebagai isteri yang solehah, si isteri hendaklah sentiasa menghormati, setia, taat dan patuh kepada suami kerana syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami.

PERBENDAHARAAN KATA

tarbiah: pendidikan atau pengasuhan.

bermunajat: mendekati atau mendampingi Allah dengan cara berdoa, berzikir dan lain-lain.

tawaf: mengelilingi Kaabah.

INFORMASI

* Nama penuh Siti Khadijah iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, yang tergolong daripada golongan bangsawan dan ternama di Mekah.