Mani : Air yang warnanya agak putih dan agak keruh (seakan-akan Madi), yang biasanya keluar melalui kemaluan lelaki atau zakar dan melalui kemaluan perempuan atau faraj sesudah berlakunya inzal (kelazatan), nafsu berahi memuncak.
Hukumnya tidak najis dan tidak wajib dicucinya apabila terkena pakaian. Cukuplah hanya dengan membuangnya dari pandangan zahir seperti membuang ludah, kahak atau hingus.
Ini sesuai dengan hadith nabi bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. ditanyakan kepada Nabi (S.A.W.) mengenai baju yang terkena mani, maka jawab Nabi (S.A.W.) : “Mani itu serupa denga hingus dan kahak dan cukuplahj kamu buangkan dengan perca atau daun”.
Akan tetapi apabila mahu melakukan ibadat, seseorang itu wajib mandi janabah (junub) terlebih dahulu dan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Air Mazi : Air putih jernih, bening, licin dan melekit serta melekat yang biasanya keluar melalui kemaluan lelaki atau zakar dan melalui kemaluan perempuan atau faraj sewaktu naik berahi atau syahwat.
Hukumnya najis Mutawassitah dan wajib dicucinya apabila mahu melakukan ibadat. Jika berwudhu' akan batal wudhu' seseorang itu. Tidak wajib mandi Janabah (junub).
Dalil dari Ali bin Abi Thalib: Ali berkata: Aku adalah seorang lelaki yang banyak mazi, maka aku suruh Miqdad bertanyakan kepada Rasulullah (S.A.W.). Maka ditanyakannya baginda, maka baginda bersabda: “Hendaklah berwudhu’”.
Ini bererti seseorang yang keluar mazi sahaja tanpa disusuli dengan keluar mani maka tidak wajib mandi janabah atau mandi junub.
Air Madi : Air yang warnanya agak putih , kental dan keruh, yang biasanya keluar melalui kemaluan lelaki atau zakar dan melalui kemaluan perempuan atau faraj sesudah membuang air kecil (kencing) atau kerana bekerja berat.
Hukumnya najis Mutawassitah dan wajib dicucinya apabila mahu melakukan ibadat. Ini bererti apabila keluar madi jika seseorang itu dalam berwudhu' maka batallah wudhu'nya. Tetapi tidak wajib mandi janabah (junub).
No comments:
Post a Comment