Musica Clan

Musica Clan
Syahadah

Tuesday, November 9, 2010

Beza Ahli Sunnah Dan Syiah

Melihat pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini saya ingin sampaikan sebahagian dari ‎perbezaan antara aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Aqidah Syiah Imamiyah Itsna ‎Asyarah (Ja’fariyah).‎




Sumber : Ensiklopedia Muslim

‎1. Rukun Islam.‎
Ahli Sunnah : Rukun Islam ada 5 (lima)‎

‎(a) Mengucap dua kalimah syahadah ‎
‎(b) Solat ‎
‎(c) Puasa ‎
‎(d) Zakat
‎(e) Haji

Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) ‎

‎(a) Solat ‎
‎(b) Puasa ‎
‎(c) Mengeluar Zakat ‎
‎(d) Menunai Haji ke Mekah ‎
‎(e) Al Wilayah‎

‎2. Rukun Imam‎
Ahli Sunnah : Rukun Iman ada 6 (enam) :‎

‎(a) Beriman kepada Allah ‎
‎(b) Beriman kepada Malaikat-malaikat Nya ‎
‎(c) Beriman kepada Kitab-kitab Nya ‎
‎(d) Beriman kepada Rasul Nya ‎
‎(e) Beriman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat ‎
‎(f) Beriman kepada Qadar, ketentuan baik-buruknya dari Allah.‎

Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)‎

‎(a) At-Tauhid ‎
‎(b) An-Nubuwwah ‎
‎(c) Al-Imamah ‎
‎(d) Al-Adlu ‎
‎(e) Al-Ma’ad

‎3. Syahadah.‎
Ahli Sunnah : Dua kalimah syahadat‎

Syiah : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna ‎Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam ‎mereka.‎

‎4. Imam.‎Ahli Sunnah : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman. Adapun jumlah ‎imam-imam Ahli Sunnah tidak terbatas. Selalu timbul imam-imam, sampai hari kiamat. ‎Kerananya membatasi imam-imam hanya dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak ‎dibenarkan.‎

Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Kerananya ‎orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-‎orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka.‎

‎5. Khulafa’ Rasyidin.‎Ahli Sunnah : Khulafa’ur Rasyidin yang diakui (sah) adalah :‎

‎(a) Saidina Abu Bakar radiallahu anhu
‎(b) Saidina Umar radiallahu anhu
‎(c) Saidina Utsman radiallahu anhu
‎(d) Saidina Ali karramallahu wajhah

Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh Syiah. Kerana ‎dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri ‎membai’at dan mengakui kekhalifahan mereka). ‎

‎6. Khalifah Maksum.‎
Ahli Sunnah : Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai sifat ‎Maksum. Berarti mereka dapat berbuat salah/ dosa/ lupa. Kerana sifat Maksum, hanya ‎dimiliki oleh para Nabi.‎

Syiah : Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai sifat Maksum, seperti ‎para Nabi.‎

‎ 7. Caci Para Sahabat.‎Ahli Sunnah : Dilarang mencaci-maki para sahabat.‎

Syiah : Mencaci-maki para sahabat tidak apa-apa bahkan Syiah berkeyakinan, bahawa ‎para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal ‎beberapa orang saja. Alasannya kerana para sahabat membai’at Saidina Abu Bakar ‎sebagai Khalifah.‎

‎8. Saidatina Aisyah radiallahu anha.‎
Ahli Sunnah : Siti Aisyah isteri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai. Beliau adalah ‎Ummul Mu’minin.‎

Syiah : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.‎

‎9. Kitab-Kitab Rujukan.‎Ahli Sunnah : Kitab-kitab hadits yang dipakai sandaran dan rujukan Ahli Sunnah adalah ‎Kutubus Sittah :‎

‎(a) Sahih Bukhari ‎
‎(b) Sahih Muslim ‎
‎(c) Sahih Abu Daud ‎
‎(d) Sahih Tarmizi ‎
‎(e) Sahih Ibnu Majah ‎
‎(f) Sahih An Nasa’i

Kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia.‎

Syiah : Kitab-kitab Syiah ada empat :‎

‎(a) Al Kaafi ‎
‎(b) Al Istibsor ‎
‎(c) Man Laa Yah Duruuhul Faqih ‎
‎(d) At Tahziib‎

Kitab-kitab tersebut tidak beredar, sebab kebohongannya takut diketahui oleh pengikut-‎pengikut Syiah. ‎

‎10. Al-Qur’an.‎
Ahli Sunnah : Al-Qur’an tetap asli dan terpelihara.‎

Syiah : Al-Qur’an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama Syiah tidak asli. ‎Sudah dirubah oleh para sahabat (dikurangi dan ditambah).‎

‎11. Syurga dan Neraka.‎
Ahli Sunnah : Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul ‎Nya. Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasul ‎Nya.‎

Syiah : Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam Ali, walaupun ‎orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah. Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang ‎memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.‎

‎12. Aqidah Raj’ah.‎
Ahli Sunnah : Aqidah Raj’ah tidak ada dalam ajaran Ahlus sunnah. ‎
Raj’ah adalah diakhir zaman sebelum kiamat, manusia akan hidup kembali. Dimana saat ‎itu Ahlul Bait akan balas dendam kepada musuh-musuhnya.‎

Syiah : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. ‎
Dimana diceritakan bahawa nanti di akhir zaman, Imam Mahdi akan keluar dari ‎persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah, ‎Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.‎

Setelah mereka semuanya bai’at kepadanya, diapun selanjutnya membangunkan Abu ‎Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut disiksa dan disalib, sampai mati ‎seterusnya diulang-ulang sampai ribuan kali. Sebagai balasan atas perbuatan jahat ‎mereka kepada Ahlul Bait.‎

Penganut Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan Imam Mahdinya ‎Ahli Sunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.‎

‎13. Nikah Mut’ah.‎Ahli Sunnah : Mut’ah (kawin kontrak), sama dengan perbuatan zina dan hukumnya ‎haram.‎

Syiah : Mut’ah sangat dianjurkan dan hukumnya halal. Halalnya Mut’ah ini dipakai oleh ‎golongan Syiah untuk mempengaruhi para pemuda agar masuk Syiah. Padahal haramnya ‎Mut’ah juga berlaku di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib.‎

‎14. Arak.‎Ahli Sunnah : Khamer / arak tidak suci.‎

Syiah : Khamer/ arak suci.‎

‎15. Air Mustakmal.‎
Ahli Sunnah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap tidak suci.‎

Syiah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap suci dan mensucikan.‎

‎16. Tangan Kanan Di Atas Tangan Kiri.‎
Ahli Sunnah : Diwaktu solat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri hukumnya ‎sunnah.‎

Syiah : Diwaktu solat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri membatalkan solat.‎

Jadi disisi Syiah, solat orang-orang Mazhab Syafi’e adalah batal.‎

‎17. Mengucap Amiin.
Ahli Sunnah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam solat adalah sunnah.‎

Syiah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam solat dianggap tidak sah / ‎batal solatnya.‎

Jadi solatnya Muslimin di seluruh dunia dianggap tidak sah, kerana mengucapkan Amin ‎dalam solatnya.‎

‎18. Solat Jamak.‎
Ahli Sunnah : Solat jama’ diperbolehkan hanya kepada orang yang bermusafir dan ‎bagi orang yang uzur syar’i.‎

Syiah : Solat jama’ diperbolehkan walaupun tanpa alasan apapun.‎

‎19. Solat Dhuha.‎
Ahli Sunnah : Solat Dhuha disunnahkan. ‎

Syiah : Solat Dhuha tidak dibenarkan.‎

Sebenarnya yang terpenting dari keterangan-keterangan diatas adalah agar masyarakat ‎memahami benar-benar, bahawa perbezaan yang ada antara Ahli Sunnah dengan Syiah ‎Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) itu, disamping dalam masalah Furuu’ (cabang-‎cabang agama) juga dalam masalah Usul (pokok/ dasar agama).‎

‎20. Azan.‎
Ahli Sunnah : ‎

Syiah : Menambah ( ‎أشهد أن عليا ولى الله‎ )‎ ( ‎أشهد أن عليا حجة الله‎ ) dan selepas hayya alal falah ( حي على خير العمل )

No comments:

Post a Comment