Musica Clan

Musica Clan
Syahadah

Saturday, August 6, 2011

Mimpi Dan Tafsiran - Mana Boleh Percaya, Mana Tak Boleh Percaya?


Hello dreamers. What's up? 

Berapa ramai antara korang yang tak pernah mimpi? Aku bet yang tak ada seorang pun yang kat dunia ni yang tak pernah bermimpi. Even orang buta pun bermimpi tahu? 

Pernah tak korang terfikir how if apa yang korang mimpikan itu adalah real dan bakal berlaku? But, here is the thing, "Please jangan terlampau percaya kepada mimpi". Most of orang akan kata yang mimpi tu adalah mainan tidur dan juga mainan syaitan. Well, maybe orang-orang tu betul. Kebanyakkan mimpi hanyalah mainan syaitan dan mainan kita sendiri.

Mainan syaitan
Agak susah untuk kita tahu (Actually, kita tak akan tahu) yang sesuatu mimpi tu adalah mainan syaitan or not. Dan aku rasa ramai yang tak tahu yang most of mimpi-mimpi buruk adalah hasil dari permainan syaitan. 

Sebagai contoh...
Dalam mimpi korang berada di sebuah tempat yang korang tak tahu. Then korang terdengar suara seperti korang kenal. Then korang carik-carik la punca suara tu. Then bila sampai di sebuah ruang legar, korang nampak Yusri KRU tengah pukul Lisa Surihani. Then korang nak pergi tolong, tapi badan korang tak bergerak. So, menangis la korang sambil lihat peristiwa  sadis tersebut.

So, bila korang menerima mimpi seperti ini, apa yang korang nak buat? What? Korang nak pergi report kat Lisa Surihani yang korang mimpi macam tu? Then apa yang korang expect? Korang expect yang  Lisa Surihani akan tinggalkan Yusri KRU? No way! *Kecewa*

Sebenarnya, sekitar 90% mimpi-mimpi yang sedih adalah sekadar mainan tidur dan mainan otak korang. Lagi pun, kalau korang tengok buku-buku tafsiran mimpi, most of the mimpi ni mana ada bab sedih-sedih kan? 

Aku kasi contoh...
Korang jumpa dengan arwah ayah korang. Then di sebabkan lama dah tak berjumpa, dia ajak korang borak-borak. Masa dah habis borak, arwah ayah korang tu ajak korang ikut dia balik ke rumah dia (rumah or whatever). Then korang nak pergi la. Tapi apabila korang melangkah je, korang akan terjatuh. Even arwah ayah korang support pun, korang still jatuh. Menurut tafsiran, itu maknanya umur korang panjang. But, if arwah ayah (Or siapa-siapa je) ajak korang pergi ke tempat dia dan korang setuju untuk ikut dan tak ada masalah sepanjang perjalanan, itu maksudnya umur korang pendek dan ajal bakal tiba.

Apa yang aku tulis di atas adalah satu tafsiran mimpi yang rasanya semua alim ulama tahu. Dan rasanya dalam mana-mana kitab tafsir mimpi pun sure ada pasal tafsiran ni. Tapi cuba korang tengok, mimpinya tak sedih kan? Actually, bila aku kata mimpi yang sedih bermaksud korang berasa amat sedih ketika berada dalam mimpi. If apa yang berlaku di hadapan korang tu adalah benda yang menyedihkan tetapi korang tak rasa sedih, maka ianya bukan termasuk dalam mimpi yang sedih. Dan macam yang aku katakan, mimpi yang sedih adalah mainan syaitan dan mainan otak korang. Yes, mainan otak.

Ibnu Ibrahim, apa maksud kau dengan mainan otak?
Aku bet yang korang (Girls biasanya) amat suka berfikir dengan panjang sebelum tidur. Ada yang berfikir nak kahwin dengan Prince Charming lah, Prince Katak lah, itu lah ini lah. (Eww, please.. *Rolling eyes*) Most of the time sebelum tidur tu mesti dok fikir tentang bab jiwang-jiwang, bab nak kahwin, bab si dia buat benda-benda romantik then mula lah senyum sensorang. Eley, macam la aku tak tahu. 


Dan benda-benda macam ni lah yang akan di bawa ke dalam tidur (Mimpi). Dan itu la maksud aku dengan mainan otak. Bila kita terlampau fikirkan sesuatu, kita secara tak sengaja akan bawak masuk ke dalam mimpi dan ianya berlaku di bawah nama Department of Subconscious Mind. Termasuk lah juga bila korang rasa insecure dengan pasangan masing-masing. Korang tak kata dia curang, tetapi korang rasa macam dia tak really into you. Then bila korang rasa macam ni, otak korang akan memproses benda yang korang takut untuk hadapi termasuklah bermimpi ditinggalkan si bakal suami ketika majlis akad nikah. ;D

Dan dalam isu berlainan, korang mungkin akan kata
"Aku tak pernah pun teringat pasal awek comel tu. Tapi tiba-tiba dia muncul dalam mimpi aku. Adakah itu pertanda dia jodoh aku?"

Well, dalam hal ni, ada banyak kemungkinan yang berlaku. Ada kemungkinan kecil (amat kecil) yang dia adalah jodoh dan kemungkinan besar yang itu hanyalah mimpi yang nothing. Bullshit punya mimpi. Mimpi yang based on subconscious mind. Korang rasa yang seolah-oleh korang tak terfikirkan pun pasal seseorang tetapi minda korang sebenarnya sedang berfikir (menyusun) pasal seseorang tersebut. Untuk perngetahuan korang, subconscious mind akan setiasa berjalan even masa korang tidur. Sebab itu lah korang akan bermimpi.

Iye ke? Macam mana dengan deja vu? Aku mimpi jumpa seorang yang aku tak pernah jumpa. Then beberapa hari lepas tu, aku jumpa orang yang aku mimpikan tu. Padahal aku tak pernah jumpa pun dia.

Actually, aku rasa semua orang pernah bermimpi ala-ala deja vu ni. Atau pun dengan kata lain, bermimpi tentang sesuatu perkara yang belum berlaku. Contohnya, macam aku lah. Kalau tak silap aku, beberapa tahun lepas aku pernah bermimpi yang aku menulis entry pasal mimpi. Then bila aku terjaga, aku berfikir balik pasal mimpi aku tu dan berkata "Wth aku nak tulis entry pasal mimpi? Sure membosankan gila". And then di saat aku nak start tulis entry ni, baru aku teringat yang aku pernah bermimpi exactly sama dengan yang sedang berlaku. What the.... Right? Right?


But then, how about deja vu yang based on muka? Betul ke kita nampak orang yang kita tak pernah jumpa dalam mimpi sebelum jumpa di real life? Actually, who knows? Dan sure ke yang kita tak merge memori mimpi kita dengan memori muka orang yang kita jumpa di real life? Sebenarnya, tanpa kita sedar, kita dah merge-kan memori yang tak clear tu. Masa dalam mimpi, korang nampak muka dia samar-samar. Then bila jumpa, otak korang tak pasal-pasal mergekan (gabung) segalanya and then, sure korang akan rasa "Ehhh, aku rasa macam pernah jumpa dia kat dalam mimpi aku doeee"

Mimpi tidak boleh dijadikan hujjah ke atas hukum syarak. Ia sekadar berita-berita yang menggembirakan atau berita-berita amaran sahaja. Tidak lebih dari itu. 

Dengan kata lain, mimpi tak boleh dijadikan satu-satunya reason untuk korang berbuat sesuatu. Just because kerana korang bermimpi yang mamat sebelah rumah korang tu mencurik seluar dalam korang, tak bermaksud yang dia betul-betul curik. Mungkin mimpi tu bermaksud supaya korang (girls) berjaga-jaga apa bila menyidai spender di luar rumah.

Korang tahu apa pendapat ulama tentang mimpi?

Mimpi yang benar datang dari orang yang tidak pernah berbohong dalam hidupnya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya. 

Please ar. Please kata yang korang tak pernah menipu seumur hidup korang. Then please ar berharap yang aku akan percaya bila korang kata korang tak pernah menipu. Penipu.
Selain itu orang yang bermimpi itu hendaklah berada dalam keadaan berwuduk dan tidur pula dalam suasana mengikut sunnah. 

Setahu aku, korang ni main pakat tidur je. Basuh kaki tak, gosok gigi tak. Entah-entah, seharian tu mandi pun tak. Inikan pula nak berwuduk. Then korang ada tidur ikut sunnah tak? Aku intai awek-awek comel nampak siap ada yang tidur terlentang lagi, air lilur basi yang mem-peta-kan bantal tu jangan cakap ar. Tidur gila ah buas. Patut la dapat mimpi bukan-bukan.

Mimpi ada 3 bahagian dan jenis iaitu:
Mimpi yang benar (Datang dari malaikat etc). Mimpi ini adalah mimpi yang baik-baik.  Mimpi yang boleh dipercayai.
Mimpi yang datang dari Syaitan. Mimpi yang nak rosakkan korang.
Mimpi yang datang dari hidup korang. Korang asyik syok kat lelaki yang ada accent British. Di sebabkan syok sangat, maka korang bawak la dia masuk dalam mimpi korang. Well, apa yang korang mimpikan adalah based apa yang korang fikir. 

So, kalau korang bermimpi tu, jangan fikirkan sangat. Termasuk lah bila korang buat solat istikharah. Solat istikharah tak semestinya akan beri kita mimpi. Well, most of the time, ianya tak akan datang dalam bentuk mimpi. Tapi for your information, ianya datang dalam perasaan kita. For example, korang tak tahu samaada korang patut drop subjek killer tu ataupun tak. So, korang buat la solat istikharah. Selepas korang buat isthikarah, korang rasa tenang je tanpa rasa nak drop subjek tu. Tada, itu lah antara kelebihan kecil istikharah. 

Conclusionnya, jangan percayakan sangat mimpi yang spesis mainan setan laknat tu dan sila jangan guna mimpi sebagai teras utama untuk berbuat sesuatu.

Pst : Credit to theotherkhairul.blogspot.com

5 comments:

  1. Ok, sumtyms konfius jugak about mimpi ni..
    kadang rsa cm real, sumtym mcm 'eh, xbleh pacaya mmg'
    Tapi depend la kan. Wallahu'alam..


    btw: Mesut Firdaus? Hahahaha... Ok..

    ReplyDelete
  2. mimpi tu ada 3 spesis.. baca la kat atas tu.. selamat beramal.. :)

    terkejut ye nama macam mesut ozil.. :P

    ReplyDelete
  3. Hahaha..
    Haah, tekezut gak.
    Adek beradek mesut ozil kot?

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete