بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Setiap hari kita melalui pengalaman dan menempuh kehidupan yang penuh cubaan dan dugaan. Malang tidak berbau, ringan atau berat kemalangan memang tidak dapat dielakkan jika sudah terjadi. Seperti yang dikatakan, setiap penyakit ada ubatnya. Contohnya penyakit-penyakit ringan sebenarnya dapat dirawat di rumah dengan menggunakan perbelanjaan yang murah dan bahan yang mudah didapati.
Tetapi disebabkan kurangnya pengetahuan berkaitan ilmu botani, ramai di antara kita yang tidak tahu apakah kegunaan tumbuhan-tumbuhan herba di sekeliling kita. Kaedahnya sangat mudah, hanya dengan menggunakan dedaun, akar-akar, buah-buahan, ulam-ulaman, pucuk-pucuk tumbuhan dan lain-lain lagi. Kanak-kanak selalu menyanyi:
Anak itik Tok Wi,
Mandi dalam kolam,
Sakit apa Tok Wi,
Sakit sendi tulang…
Mungkin di sini Tok Wi tidak tahu bahawa dia mengalami sakit gout atau rheumatism dan tidak menegetahui ubatnya dan beliau boleh merawat sendiri.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Justeru itu seseorang yang ingin mengelakkan daripada dijangkiti penyakit kronik seperti kencing manis amalan memakan daun pegaga adalah sangat baik. Begitulah mudahnya cara untuk merawat penyakit diri sendiri. Apa pun kemahuan dan kepercayaan adalah terletak kepada kehendak sendiri. Semoga dengan kajian saya ini dapat memberi sedikt pendedahan mengenai "Herba; Khazanah Perubatan dari Alam".
Semasa menjalani kehidupan seharian, kadang-kadang kita tidak dapat mengenal pasti kegunaan setiap kejadian yang dikurniakan. Contohnya, sebuah komputer bukan hanya untuk menaip kertas kerja tetapi boleh digunakan untuk mendengar muzik, menonton filem, belajar dan pelbagai aktiviti lagi. Saya ingin mengupas serba sedikit beberapa jenis herba yang biasa dilihat dan digunakan oleh kita.
Sebenarnya, kita beruntung kerana nenek moyang kita tahu akan kegunaan herba-herba. Cuma generasi masa kini yang tidak mengetahui kaedah menggunakan dan menghargai herba-herba untuk kesihatan dalaman dan luaran.
Tiada kesan yang sangat buruk kepada manusia seperti kita menggunakan ubatan yang dicipta oleh para saintis. Ubat-ubat moden boleh menghasilkan kerintangan dan gangguan sisten saraf yang teruk. Tetapi tidak jika kita menggunakan herba.
Saya ingin mengajak anda mandalami kegunaan herba yang istimewa yang selama ini disia-siakan oleh kita. Bahan-bahan yang diketengahkan di sini adalah bahan-bahan herba yang mudah didapati di dapur rumah atau dijual di kedai-kedai. Herba-herba menggunakan kaedah yang ringkas dan cepat. Sememangnya cara menggunakan herba-herba ini sungguh mudah dan menarik serta memberikan kesan yang sungguh ‘ajaib’.
Limau Nipis mudah didapati di kampung-kampung dan dijual dengan harga yang murah. Air Limau Nipis sangat berkhasiat untuk beberapa kegunaan.
PENYAKIT |
|
|
Serbuk belerang, minyak kelapa, air limau nipis dicampur dan sapu di tempat sakit. Amalkan satu minggu
|
Selesema disebabkan udara yang sejuk.
|
Limau nipis, kapur sirih, 2 titik minyak kayu putih dicampur, limau dibakar diperah air dan diminum
|
Bau badan yang busuk
|
Daun limau nipis muda ditumbuk dan dimakan
|
Sakit kepala
|
Minum air limau nipis sedikit
|
Menjaga suara
|
Perahan air limau dan gula batu diminum
|
Suara serak
|
Limau nipis dimesin, dicampur air dan dipanaskan. Disedut wapnya
|
Tercekik tulang
|
Air perahan limau nipis diminum
|
Mencuci pakaian yang terkena karat.
|
Limau dipotong, dibuang biji dan digosok pada tempat karat campur dengan serbuk garam
|
Darah tinggi
|
Air limau nipis diminum pagi dan petang
|
Berat badan berlebihan
|
Air limau nipis diminum selepas makan
|
Pening kepala
|
Perahan limau nipis di letakkan di kepala, dibiarkan seketika, kemudian mandi dengan air limau tanpa membilas dengan air lain
|
Cagu
|
Perah air limau nipis pada cagu
|
Pokok yang mempunyai pelbagai kegunaan dari batang hingga ke pucuk.Tetapi kelapa juga mempunyai nilai perubatan yang istimewa.
PENYAKIT |
KAEDAH MERAWAT |
|
Air kelapa muda, serbuk lada hitam dicampur, minum 2 kali sehari
|
Luka dan lebam
|
Kelapa tua diparut, cuka dicampur, ditampal ditempat sakit
|
Lelah dan semput
|
Kelapa muda ditebuk dan diberi beruk minum, baki airnya diminum
|
Sakit gigi
|
Tempurung kelapa dibakar dan diambil minyaknya, di sapu pada gigi yang sakit
|
Kudis
|
Minyak kelapa, belerang dicampur dan dipanaskan dan disapu pada kudis
|
Kulit muka yang kering
|
Lembabkan wajah dengan air kelapa tua
|
Tumit kaki yang pecah
|
Sapukan dengan minyak putik kelapa yang dibakar
|
Panas dalam badan
|
Air kelapa muda, telur ayam kampung dicampur diminum
|
Kanak-kanak yang panas dalam badan
|
Air kelapa campur madu diminum
|
Mabuk darah atau ubat
|
2 sudu air kelapa diminum
|
Lenguh badan
|
Mandi dengan air kelapa
|
Denggi berdarah
|
Air kelapa muda, perahan limau nipis diminum
|
Memudahkan bersalin
|
1 sudu minyak kelapa diminum seminggu sekali. Amalkan dari 6 bulan kandungan
|
Sakit pinggang
|
Minum air kelapa sambil berdiri
|
Demam campak
|
Air kelapa muda diminum
|
Terminum racun
|
Minum air kelapa sebanyak mungkin
|
- BAWANG MERAH, BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH
Tidak lengkaplah dapur jika tiada bahan tersebut dan masakan tidak cukup enak tanpanya. Di samping pengunaannya yang meluas tersimpan kadungan yang sangat baik untuk kesihatan.
PENYAKIT |
KAEDAH MERAWAT |
|
Bawang merah dicelup minyak kelapa dan dibakar, ditampal ditempat terkena duri
|
Luka akibat paku berkarat
|
Bawang putih dicelup minyak kelapa dan dipanaskan, ditampal di tempat luka
|
Jari berdarah akibat terkena jarum
|
3 sulur bawang merah dicelup minyak, bungkus dengan daun pisang, dibakar dan ditampalkan
|
Haid yang tidak teratur dan sakit
|
Bawang merah dihiris, minyak tanah dicampurkan dan diurut pada perut
|
Menghilangkan bisul
|
Gosokkan dengan bawang putih
|
Darah tinggi
|
Bawang putih dibakar dan dimakan
|
Rasa pitam dan mabuk
|
Cium bawang merah
|
Resdung
|
Cium daun bawang merah
|
Gigi dimakan ulat
|
Bawang putih, cengkih ditumbuk dan ditampal
|
Barah perut
|
Umbi pokok bawang putih ditumbuk, dicampur madu dan gula, dimakan
|
Disentri
|
Bawang putih dikunyah dan minum madu. Amalkan selepas bangun tidur
|
Tanda hitam dimuka
|
Bawang putih dicampur minyak badam, ditumbuk dan disapu dimuka
|
Rheumatik
|
Bawang putih, halia muda, minyak zaiton dicampur, ditumbuk dan disapukan
|
Osteoporosis
|
Bawang putih, bawang besar dibakar dan dimakan dengan telur ayam.
|
Sengal kaki
|
Bawang putih, halia ditumbuk disapukan
|
Jeragat
|
Sulur bawang putih dicampur madu dan disapu
|
Disengat kala jengking
|
Umbi pokok bawang putih digiling dan disapukan
|
Infeksi paku berkarat
|
Bawang merah dicelup minyak dan dibakar, disapukan
|
Bulu roma yang tidak cantik
|
Bawang merah ditumbuk dan dilumurkan
|
Kuku tidak berkilat
|
Gosokkan bawang putih pada kuku
|
Rambut gugur
|
Makan bawang putih
|
Jerawat batu
|
Titikkan air bawang putih
|
Telinga bernanah dan panas
|
Bawang besar dicelup minyak zaiton, dibakar dan airnya di titiskan di telinga
|
Suara serak
|
Bawang besar ditumbuk hancur, airnya minum
|
Penghadaman lambat
|
Air perahan bawang besar diminum
|
Kudis bernanah
|
Bawang besar dibakar diletak pada kudis
|
Radang paru-paru
|
Bawang besar ditumbuk dan diletak didada
|
Kencing berdarah
|
Bawang besar dibakar dan ditampal pada bahagian pundi kencing
|
Kencing manis
|
Banyakkan memakan bawang besar
|
| |
- BIJI JINTAN HITAM / HABBATUS SAWDA
Di Malaysia, biji jintan hitam dikenali sebagai bijian hitam adalah sangat banyak kegunaannya. Tetapi saya percaya kebanyakan orang tidak mengetahui manfaatnya.
PENYAKIT |
KAEDAH RAWATAN |
|
Basuh dengan air rebusan jintan hitam di waktu pagi dan petang
|
Telinga bernanah
|
Titikkan pati jintan hitam ke dalam telinga
|
Pening sebab sakit telinga
|
Minum air rebusan jintan hitam, titik telinga dengan minyak zaitun, kepala digosok dengan air limau nipis, minum air ketumbar selepas bangun dari tidur
|
Mulut busuk
|
Berkumur dengan rebusan jintan hitam, titikkan air pati minyak jintan hitam ke dalam telinga
|
Resdung di muka
|
Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam
|
Tonsilitis
|
Berkumur dengan jintan hitam yang dicampur dengan madu asli
|
Perut kembung
|
Jintan hitam diminum bersama susu masam
|
Barah usus
|
Jintan hitam dan madu dimakan bersama
|
Penyakit Limpa
|
Jintan hitam,halia ditumbuk dan diminum airnya
|
Barah hati
|
Serbuk jintan hitam dicampur gula, diminum
|
Darah gemuruh
|
Serbuk jintan hitam dicampur air suam,diminum
|
Radang hati dan saluran darah sempit
|
Minum air jintan hitam
|
Sakit kepala
|
Minyak jintan hitam disapu dikepala dan airnya diminum
|
Radang paru-paru
|
Serbuk jintan hitam campur minyak zaitun sapu didada, jintan hitam makan bersama madu
|
Bengkak buah pinggang
|
Jintan hitam dimakan bersama madu
|
Barah payu dara
|
Jintan hitam dimakan bersama madu
|
Barah kulit
|
Lumur dengan pati minyak jintan hitam
|
Panau
|
Sapukan serbuk jintan hitam dicampur cuka
|
Kulit melecur
|
Debu jintan hitam, minyak badam sapu dikulit
|
PENYAKIT |
KAEDAH RAWATAN |
|
Buah mengkudu dimakan bersama garam
|
Darah tinggi
|
Minum air perahan buah mengkudu masak
|
Sakit perut
|
Tampal diperut daun mengkudu yang dipanaskan selepas dilumur minyak kelapa
|
Kelumumur
|
Air buah mengkudu disapu di kepala
|
Kencing manis
|
Makan buah mengkudu masak
|
Sakit kaki
|
Balut daun mengkudu yang telah disalai
|
Rambut tidak cantik
|
Basuh rambut dengan air buah mengkudu masak yang diembun semalaman
|
PENYAKIT |
KAEDAH RAWATAN |
|
Minum air asam jawa
|
Bengkak disebabkan jatuh
|
Tampalkan campuran asam jawa, air dan garam
|
Karat di gigi
|
Debu biji asam jawa yang digoreng digosokkan
|
Bisa disengat lipan
|
Tampalkan biji asam jawa yang telah ditumbuk
|
Perut buncit
|
Asam jawa, jadam, air dididihkan, tampalkan pada perut, balut dengan bengkung
|
Demam panas dan lemah
|
Air asam jawa di sapu pada ubun dan air diminum
|
PENYAKIT |
KAEDAH RAWATAN |
|
Parutan kunyit dicampur kapur sirih, panaskan, sapukan pada bengkak
|
Penyakit usus buntu
(Apendik) |
- Kunyit, garam, gula merah, air limau nipis, air panas dicampurkan, diminum
|
Kelopak garam
|
Kunyit diasah dengan minyak masak, ditampal
|
Saluran peranakan
|
Minum rendaman kunyit dengan air suam
|
Muka yang pucat
|
Minum air ibu kunyit yang telah dibakar dan ditumbuk (ibu bersalin) Sapukan ke muka beras halus dicampur kunyit ditumbuk
|
| |
PENYAKIT |
KAEDAH RAWATAN |
|
Minum air pokok dukung anak yang ditumbuk (dewasa) Minum susu kambing yang dimasak bersama pokok dukung anak (bayi)
|
Darah tinggi
|
Minum air rebusannya
|
Kencing berdarah
|
Minum air rebusannya
|
Kudis kulit
|
Sapukan air perahannya
|
Hepatitis
|
Minum susu kambing yang dimasak bersama pokok dukung anak
|
Kencing manis
|
Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan
|
Kencing malam
|
Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan
|
Beser atau dedas
|
Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan
|
Untuk rujukan lebih lanjut, anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan khazanah perubatan dari alam melalui sumber-sumber rujukan berikut:
- Ahmad Ismail 1998. Etnobotani: Tumbuhan, Manusia dan Kehidupan. Universiti Kebangsaan Malaysia Bandar Baru Bangi Selangor
- Azhari Ibrahim 1994. Gedung Ubatan Tradisional Arab dan Melayu. Pustaka Nadia Kota Bharu Kelantan
- Azhari Ibrahim. Ubat-ubatan Tradisional, Doa-doa Penawar Penyakit, Rahsia Kebaikan Surah Al-Fatihah. Pustaka Reka Kota Bharu Kelantan
- Normila Kamal 1994. Petua Segala Petua. Darul Nu’man Kuala Lumpur
- Zainol Fakir Oktober 1998. Mastika. Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Bandar Baru Bangi Selangor
- Zainol Fakir September 1997. Mastika. Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Bandar Baru Bangi Selangor
No comments:
Post a Comment