Musica Clan

Musica Clan
Syahadah

Sunday, December 26, 2010

Lukisanku Kala Kebosanan

Lukisan ini adalah hak cipta terpelihara Blog Ibnu Ibrahim

Inilah lukisanku kala kebosanan yang teramat sangat petang 26 Disember 2010 sementara menunggu siaran langsung perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia yang berlangsung di Bukit Jalil. Alhamdulillah skuad Harimau Malaya berjaya membaham Sang Garuda dan berjaya merobek keegoan mereka. Kini aku yakin ramai rakyat Malaysia tengah menunggukan perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 yang akan berlangsung pada 29 Disember 2010 di Jakarta. Alhamdulillah, syukur ya ALLAH....

Berbalik kepada gambar di atas, aku lukiskan lukisan tersebut bagi menterjemahkan rasa sayang aku kepada sang wanita yang aku sayangi (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan negara, hehe). Syukur sekali lagi kepada ALLAH. Kalau dengar lagu 'Maher Zain - For The Rest Of My Life' boleh tangkap feeling ni.. Hehe.. Alhamdulillah for this love.. ♥ ♥ 

Friday, December 24, 2010

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok


Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Doa Cepat Jodoh / Pendekat Jodoh & Doa Putus Cinta (Mengatasi Kekecewaan)

Doa-doa berikut boleh didapati dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuhan Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.


 Ikhtiar Penyembuhan Penyakit




Klik untuk imej lebih besar



Klik untuk imej lebih besar



Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

60 Tips Mendapat Jodoh


Tentu  seronok bila difikirkan… seorang lelaki bujang atau duda kalau boleh mahukan isteri yang ‘ideal’ pada pendapat mereka walaupun mereka sendiri pun jauh dari bersifat sebagai lelaki ‘ideal’. Begitu jugalah bagi seorang dara atau janda, juga mahukan lelaki ‘ideal’. Secara asasnya ia adalah satu kemahuan yang baik. Adalah lebih baik memilih pasangan yang bagus budipekertinya, bukan sebaliknya. Namun, pernahkah kita berfikir bahawa untuk mendapatkan jodoh yang baik, budi pekerti atau tatasusila kita sendiri perlu bagus terlebih dahulu?

Love

Cari jodoh



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

~ Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Doa Agar Dijauhi Hutang

Doa Agar Dijauhi Hutang
Maksudnya :
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang".

Belut Eletrik – Bukti kekuasaan Allah


Tengok video dulu untuk mengenali belut eletrik :



Belut ini merupakan hasil tangkapan tuan punya video tersebut. Belut eletrik ini telah memakan umpan pancing beliau. Tiba-tiba datang buaya menerkam belut tersebut. Mungkin buaya tersebut fikir rezeki di depan mata :biggrin: Tapi buaya tersebut silap. Yang dia terkam adalah belut eletrik. Tak pasal-pasal buaya tersebut kena renjatan eletrik. Mengikut tuan punya video, buaya tersebut yang mati…belut tersebut tidak mati. Malah tuan punya pancing dengan baik hati telah melepaskan belut tersebut (Yang sebenarnya takut kena karan kot, hehe). :getlost:
Petikan daripada National Geographic :
Despite their serpentine appearance, electric eels are not actually eels. Their scientific classification is closer to carp and catfish.
These famous freshwater predators get their name from the enormous electrical charge they can generate to stun prey and dissuade predators. Their bodies contain electric organs with about 6,000 specialized cells called electrocytes that store power like tiny batteries. When threatened or attacking prey, these cells will discharge simultaneously, emitting a burst of at least 600 volts, five times the power of a standard U.S. wall socket.
They live in the murky streams and ponds of the Amazon and Orinoco basins of South America, feeding mainly on fish, but also amphibians and even birds and small mammals. As air-breathers, they must come to the surface frequently. They also have poor eyesight, but can emit a low-level charge, less than 10 volts, which they use like radar to navigate and locate prey.
Electric eels can reach huge proportions, exceeding 8 feet (2.5 meters) in length and 44 pounds (20 kilograms) in weight. They have long, cylindrical bodies and flattened heads and are generally dark green or grayish on top with yellowish coloring underneath.
Human deaths from electric eels are extremely rare. However, multiple shocks can cause respiratory or heart failure, and people have been known to drown in shallow water after a stunning jolt.
Electric eels are extremely common throughout their range.
Belut Eletrik / Electric Eel

Belut eletrik ini merupakan bukti betapa hebatnya ciptaan Allah Yang Maha Pencipta. Belut eletrik pernah direkodkan dapat menumbangkan seekor kuda dewasa. Kuda dewasa tersebut jatuh tersungkur apabila terkena renjatan elektrik daripada belut ini.
Belut ini juga boleh menjana kuasa elektrik sekurang-kurangnya 600 volts, yakni 5 kali ganda kuasa eletrik pada soket-soket di dinding rumah penduduk USA.
Habitat belut ini ialah di Sungai Amazon dan juga di Orinoco Basins di Amerika Selatan.
Masya-Allah. Hebatnya ciptaan Allah, melalui belut yang sebesar ini, dapat menyimpan tenaga yang sebegitu banyak tanpa mencederakan dirinya.

Sunday, December 19, 2010

Manfaatkanlah Masamu!





Sumber petikan : Halaqah.net




إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا

Maksud : Sesungguhnya golongan yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Surah al-Isra’ : ayat 27)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah mempersaudarakan sesiapa melakukan pembaziran dengan syaitan. Ayat ini tidak terhad melakukan pembaziran harta benda dan kewangan semata-mata. Malah ia juga merangkumi pembaziran masa bila diisi dengan perkara yang sia-sia. Apatah lagi diisi dengan perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Golongan yang tidak pandai menggunakan masa  juga tidak terlepas daripada firman Allah ini.

Cuti panjang akhir tahun masih berbaki sebulan lagi. Para  pendidik dan pelajar merupakan golongan yang bertuah kerana mempunyai banyak masa lapang iaitu cuti lebih kurang sebulan setengah.Inilah keistimewaan menjadi seorang guru walau pun tugas guru kini penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Masa lapang sebegini sepatutnya dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah oleh dua golongan ini. Seseorang yang bergelar  pelajar tidak sepatutnya menghabiskan sebahagian besar masa terluang dengan membaca novel dan majalah hiburan,menonton tv, melayari internet tanpa hala tujuan, mendengar muzik, lepak dan sebagainya. 

Seorang pelajar sepatutnya membuat persiapan awal untuk sesi pengajian tahun depan. Pihak sekolah yang cakna dengan pelajarnya mengambil tindakan bijak dengan mengadakan kelas tambahan dalam cuti atau pun mengagihkan buku teks lebih awal iaitu sebelum cuti untuk kegunaan sesi persekolahan tahun depan. Sekurang-kurangnya  para pelajar  mempunyai bahan bacaan yang  berfaedah untuk dibaca semasa cuti.

Cuti sebegini pelajar juga boleh mengambil  kursus untuk meningkatkan intelektual dan kemahiran seperti kursus komputer, kursus perbualan dan pemantapan Bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti STPM, SPM atau PMR pada tahun depan.

Sebahagian guru ada yang menggunakan masa cutinya dengan menjadi pengawas peperiksaan atau menjadi pemeriksa kertas  SPM dan STPM. Sekurang-kurangnya ia  dapat menambahkan ilmu dan pendapatan. Tetapi peluang ini amat terhad. Malah ada yang mengambil kursus Bahasa Inggeris, kursus kemahiran computer , teknologi maklumat dan lain-lain lagi. semua ini untuk meningkatkan profesionalime sebagai seorang guru yang berkualiti dan berketrampilan.

Sabda Rasulullah SAW :

 "Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari )

Memang benar dan tepat sabdaan Nabi saw. Masa sihat dan waktu lapang dibiarkan berlalu begitu sahaja. Inilah penyakit umat Islam pada masa kini. Dengan cabaran  kehidupan yang semakin mencabar, mereka tidak pernah berusaha untuk memajukan diri berbanding dengan bang sa lain. Terdapat pelajar bila ditanya apa yang dilakukan sepanjang cuti. Selamba sahaja dia menjawab tidak buat apa-apa. Hanya baca novel, menonton tv dan lepak-lepak.

Alangkah rugi sekiranya nikmat masa lapang tidak digunakan dengan sebaik-baiknya apatah lagi nikmat ini akan disoal dan dihisab di akhirat kelak sebagaimana firman Allah :

ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ

"Kemudian kamu benar-benar akan disoal ( di akhirat) tentang nikmat ( kurniaan ) Allah." ( Surah al-Takasur :ayat 8)

Sabda Rasulullah saw : 

"Tidak akan berganjak kedua  kaki seorang hamba ditanya tentang empat perkara : tentang umurnya dimana ia habiskan,  Masa mudanya bagaimana digunakan, hartanya dari mana sumber dan bagaimana dipergunakan dan ilmunya apakah yang diamalkan." ( Riwayat al Tabarani dan al-Bazzar; ) 

Berdasarkan hadis ini berkaitan dengan masa dua perkara yang akan disoal iaitu : umur dan masa muda. 

Allah juga bersumpah dengan masa dalam surah al-Asr. Surah ini kita sering baca bila berakhir sesuatu majlis namun isi kandungan diabaikan begitu sahaja. Di dalamnya Allah bersumpah bahawa manusia berada dalam kerugian melainkan empat golongan iaitu orang yang beriman, beramal soleh, golongan yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. 

Sungguh indah kata-kata hikmah Arab :

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك

Masa itu ibarat pedang. Sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

Ungkapan ini menerangkan seolah-olah akibat buruk akan menimpa seseorang yang tidak tahu menggunakan masanya. isikanlah masa lapang dengan perkara yang bermanfaat untuk anda pada masa akan datang. Jangan disia-siakan baki cuti yang masih ada. Masa depan anda untuk menggapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang bermula dari sekarang. Masa sentiasa berjalan, masa tidak pernah berehat  dan masa tidak pernah menunggu kita.

 Masa yang telah berlalu telah menjadi sejarah hidup, masa yang mendatang akan merencanakan hala tuju hidup anda. Sama ada  kegembiraan atau tangisan yang akan menemui anda  kelak, semuanya bergantung kepada bagaimana anda manfaatkan masa anda.ingat ! Masa adalah masa depan anda. MANFAATKAN MASA ANDA!!!