Musica Clan

Musica Clan
Syahadah

Thursday, February 16, 2012

Malam Jumaat : Tips Untuk 'Pertama Kali Melakukan...'



Assalamualaikum.. Memandangkan malam ini malam Jumaat, jadi saya mau nge-share tips untuk kebahagian suami isteri, mereka yang dibawah umur 18 tahun tak digalakkan membaca artikel ini ok ~_^ baca satu-persatu ya jangan terburu-buru, aw nakal~ huhu. Lanjut:

1. Pertama-tama, Berbaringlah dengan tenang, meskipun anda pasti akan merasa tegang atau gemnentari... ;)

2. Dia akan mendekat dan menanyakan apakah anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukkan ‘perkakas’-nya. Mungkin suhu badan anda akan meningkat. Tapi tenang saja, dia akan melakukannya dengan gentle... ^_^

4. Dia akan memandang mata anda dalam-dalam, dan meminta anda untuk percaya padanya. Jangan khawatir, dia sudah punya banyak pengalaman dalam hal ini. 'o.o'

5. Senyumnya yang menawan akan membuat anda sedikit rileks, dan dia akan meminta anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tidak mau terburu-buru. Dia tidak ingin anda kesakitan. =)

6. Dia juga akan menanyakan kalau-kalau anda merasa sakit. Meskipun berlinangan air mata, tetaplah gelengkan kepala anda, dan minta dia untuk meneruskannya. Pada momen ini mungkin anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik ‘perkakas’-nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya anda. (^_^)

8. Tersenyumlah, kerana bagaimanapun, ini adalah pengalaman pertama anda.

Sekian, Terima Kasih ~_^ Itulah Tips Untuk Cabut gigi PERTAMA KALI! ^^

Wednesday, February 15, 2012

Sukan Dari Perspektif Islam



Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.
Kesan Sukan Kepada Badan
Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.
Sukan Yang Ada dalam Ibadah Islam
Dalam Islam, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji, melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan.
Adab Bersukan Dalam Islam
Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.
Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang Badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berdukacita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.
Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawan layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk).”

Wednesday, November 16, 2011

Sape Tak Nak Pakai Jubah Ngan Topi Konvo Nanti Sila Angkat Tangan!


clear tak artikel tu? mmg sy tabik aa! klo tak clear klik sini tuk berita selanjutnya.. hhehee..

adakah kita sedar yg jubah konvo kite tu ade iras2 ngn pakaian paderi..? mm.. *thinking*. mungkin itulah hasil drpd rancangan musuh Islam untuk mengcontrolkan mind kite scara slow2. kite mmg xsedar! yahudi laknatullah!

p/s: sekadar perkongsian. klo ade yg sy t'slap, mohon diperbtolkn. wallahu'alam.

nah, sekali gambar aku kasi.. aku letak 'sarung tangan tinju' sebab nak cover salib tu.. aku tgk pun tak hingin benda tu.. masalah skrg bkn jubah je tapi TOPI graduate tu sebijik kot mcm yg paderi punya!

baju ngan topi paderi macam yang konvo punya

Thursday, October 20, 2011

Doa Iftitah


السلام عليكم

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada pagi Jumaat yang mulia ini. 

Doa iftitah yang dibaca sebelum al-Fatihah, adalah doa yang sunat dibaca di permulaan solat. Iftitah memberi maksud 'pembuka'. Doa ini mengandungi maksud ayat yang indah sekali untuk kita mengertikan. Kita memuji Allah di permulaan solat sambil menghadapkan wajah kita kepada Dzat yang menciptakan seluruh alam ini.


Maksud ayat:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 

Harus diingat, kena berhati-hati semasa kita menyebut perkataan musyrikin dan muslimin dalam doa iftitah. Jangan sampai kita tertukar tempat. Jika kita tersilap menyebut 'muslimin' di tempat yang sepatutnya 'musyrikin', maka ayatnya akan berbunyi ".... dan aku bukanlah dari golongan kaum muslimin." Dan jika kita tersilap sebut perkataan 'musyrikin' di tempat yang sepatutnya 'muslimin', maka ayat yang kita baca akan bermaksud, "Dan aku dari golongan orang musyrikin." 

Ohhh nauzubillah...bahaya tuh..jangan sampai ini terjadi. Kena berhati-hati dalam membaca setiap baris ayat. Sebab itu lah penting untuk kita cuba memahami ayat2 yang dibaca khususnya bacaan di dalam Solat. Moga akan ada keberkatan dalam amalan kita.

سلامت برعمال
...السلام عليكم






Solat

Lirik Lagu Maher Zain - For The Rest Of My Life (Versi Melayu - Sepanjang Hidup)




Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
…Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya

OOOOO

Inilah janjiku kepadamu

Chorus:

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s’lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
kau hadir sempurnakan s’luruh hidupku

OOOO

Inilah janjiku kepadamu

[Chorus]

Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi